
Alergi kulit atau dikenali sebagai π«πππππππππ merupakan suatu keadaan yang mana kucing mengalami keradangan pada kulit sehingga menyebabkan berlakunya :
- Bengkak yang berair
- Benjolan
- Kerak
- Kudis
- Kemerahan atau kebotakan pada sesetengah kawasan.
Bagaimana untuk mengesan si bulus telah dijangkiti Alergi /Dermatitis
β Si bulus mulai mencakar atau menjilat kulitnya sendiri.
β Wujudnya bengkak yang berair, benjolan, kudis atau kemerahan serta bulu pada sesetengah kawasan permukaan kulit menjadi nipis.
Jenis jenis Alergi / Dermatitis βοΈ
1οΈβ£π«πππππππππ π¨πππππ π²πππ
- Berpunca daripada air liur gigitan kutu. Kucing yang hypersensitif terhadap gigitan kuku akan menyebabkan kucing kerap menggaru dan menggigit di kawasan yang dijangkiti tersebut sehingga menyebabkan luka.
2οΈβ£π«πππππππππ π¨πππππ π΄ππππππ
- Berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrisi seperti vit A, E dan Vit B-kompleks (eg. biotin, B6 dan B7). Kekurangan mineral seperti kalsium, zink dan phosphorus juga antara puncanya.
- Kekurangan nutrisi atau vitamin boleh menyebabkan bulu tidak berseri dan gugur, kelemumur serta kulit berkuping
- Selain itu, perubahan makanan yang mendadak juga boleh menyebabkan alergik pada kucing anda. Hal ini berkemungkinan, kandungan makanan tersebut adalah tidak bersesuaian dengan kucing anda.
3οΈβ£π«πππππππππ π¨πππππ
- Berpunca daripada persekitaran seperti rumput dan debunga.
- Alergi jenis ini sukar untuk diatasi dan dalam kebanyakan kes, kucing yang mengalami alergi ini perlu mengambil ubat seumur hidup.
Info Tambahan
- Keradangan atau alergi pada kulit si bulus juga berkemungkinan berkait rapat dengan masalah cacing, πππππππππ ππππππππ (kanser) atau πΊππππππ (hama).
- Segera bawa si bulus berjumpa dengan doktor veterinar untuk dapatkan rawatan yang bersesuaian sekiranya mendapati wujud simptom simptom seperti di atas.
- Sekiranya kucing anda mengalami alergi berkaitan kutu, adalah sangat digalakkan untuk membuat grooming secara berkala / berjadual. Geli Geli Kucing juga menawarkan servis Grooming dengan harga yang berpatutan! Anda boleh rujuk dan booking slot di sini : https://geligelikucing.com/#services
- Untuk bahan bacaan selanjutnya tentang alergi kucing, anda boleh melayari laman web : https://www.pethealthnetwork.com/cat-health/cat-diseases-conditions-a-z/allergic-dermatitis-cats
Geli Geli Kucing
“Where Cat’s Are Family”