???????? ????? ?????? /??????: ??????????

Alergi / keradangan yang berlaku pada kulit kucing sehingga menyebabkan kemerahan dan kudis

Alergi kulit atau dikenali sebagai ?????????? merupakan suatu keadaan yang mana kucing mengalami keradangan pada kulit sehingga menyebabkan berlakunya :

  • Bengkak yang berair
  • Benjolan
  • Kerak
  • Kudis
  • Kemerahan atau kebotakan pada sesetengah kawasan.

Bagaimana untuk mengesan si bulus telah dijangkiti Alergi /Dermatitis

βœ…Si bulus mulai mencakar atau menjilat kulitnya sendiri.

βœ…Wujudnya bengkak yang berair, benjolan, kudis atau kemerahan serta bulu pada sesetengah kawasan permukaan kulit menjadi nipis.

Jenis jenis Alergi / Dermatitis  ↙️

1️⃣?????????? ?????? ????

  • Berpunca daripada air liur gigitan kutu. Kucing yang hypersensitif terhadap gigitan kuku akan menyebabkan kucing kerap menggaru dan menggigit di kawasan yang dijangkiti tersebut sehingga menyebabkan luka.

2️⃣?????????? ?????? ???????

  • Berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrisi seperti vit A, E dan Vit B-kompleks (eg. biotin, B6 dan B7). Kekurangan mineral seperti kalsium, zink dan phosphorus juga antara puncanya.
  • Kekurangan nutrisi atau vitamin boleh menyebabkan bulu tidak berseri dan gugur, kelemumur serta kulit berkuping

  • Selain itu, perubahan makanan yang mendadak juga boleh menyebabkan alergik pada kucing anda. Hal ini berkemungkinan, kandungan makanan tersebut adalah tidak bersesuaian dengan kucing anda.

3️⃣?????????? ??????

  • Berpunca daripada persekitaran seperti rumput dan debunga.
  • Alergi jenis ini sukar untuk diatasi dan dalam kebanyakan kes, kucing yang mengalami alergi ini perlu mengambil ubat seumur hidup.

Info Tambahan

  1. Keradangan atau alergi pada kulit si bulus juga berkemungkinan berkait rapat dengan masalah cacing, ????????? ???????? (kanser) atau ??????? (hama).

  2. Segera bawa si bulus berjumpa dengan doktor veterinar untuk dapatkan rawatan yang bersesuaian sekiranya mendapati wujud simptom simptom seperti di atas.

  3. Sekiranya kucing anda mengalami alergi berkaitan kutu, adalah sangat digalakkan untuk membuat grooming secara berkala / berjadual. Geli Geli Kucing juga menawarkan servis Grooming dengan harga yang berpatutan! Anda boleh rujuk dan booking slot di sini : https://geligelikucing.com/#services

  4. Untuk bahan bacaan selanjutnya tentang alergi kucing, anda boleh melayari laman web : https://www.pethealthnetwork.com/cat-health/cat-diseases-conditions-a-z/allergic-dermatitis-cats

Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top