10 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Pemilik Kucing

10 Kesalahan yang Sering Dilakukan oleh Pemilik Kucing

Menjaga atau membela kucing buat pertama kalinya merupakan satu langkah yang besar dan tak boleh diambil mudah! Walaupun kucing dikenali sebagai haiwan yang boleh menjaga diri mereka sendiri, tak bermakna pemilik kucing boleh abaikan mereka dan memberi zero care.

Sebelum anda membuat keputusan melulu untuk membeli kucing, kami sarankan untuk anda berfikir dan belajar cara penjagaan kucing yang asas. Kelak, anda boleh elakkan dari membuat kesilapan yang biasanya pemilik kucing lakukan. Kami juga menggalakkan anda untuk membela kucing terbuang atau stray cats daripada membeli kucing. Mereka lebih memerlukan kasih sayang dan perlindungan dari anda, jauh dari kehidupan di jalanan yang bahaya dan menyedihkan . . . InshaAllah, jika dijaga dengan baik, kucing jalanan juga akan sama cantik dan lebih sihat berbanding kucing yang dijual di kedai. Banyak pahalanya jika kita menjaga kucing yang memerlukan ini.

Membeli/Menjaga Kucing Dengan Terburu-buru

Jika anda bersikap terburu-buru dalam membeli pakaian, atau dompet baru, anda sentiasa boleh pulangkannya kembali jika tersedar warnanya kurang cantik, atau kerana pakaian itu tidak betul-betul muat. Tiada masalah kan? Pakaian atau dompet tersebut tidak akan ‘terasa’ atau ‘terseksa’ jika dipulangkan kerana mereka tidak mempunyai sebarang emosi.

TETAPI, dengan membeli atau menjaga kucing jalanan yang mudah memberi kasih sayang mereka kepada pemilik mereka dan menganggap anda sebagai ahli keluarga mereka sendiri . . . Sampaikah hati anda untuk membuang atau pulangkan mereka kembali ke tempat asal? Bolehkah? Dengan membuat keputusan untuk menjaga kucing, kucing itu sepatutnya terus dijaga sepanjang hayatnya. Jadi, sebelum membuat keputusan itu, fikirlah terlebih dahulu.

Mengabaikan Tanggungjawab Dalam Menjaga Kucing

Menjaga kucing adalah hampir sama seperti menjaga seorang kanak-kanak. Tiada adoption agensi yang bertanggungjawab, akan memberi seseorang  yang tak bersedia dari segi kewangan itu hak penjagaan kerana mereka tidak akan dapat memberikan penjagaan yang baik. Walaupun sesetengah pusat perlindungan kucing atau orang yang akan membuat siasatan seperti itu, anda sendiri perlu tahu bahawa anda perlu menjaga segala keperluan asasnya dan sentiasa bersedia untuk berlakunya sebarang kecemasan.

Kegagalan Untuk Memandulkan Kucing

Setiap hari kami mendengar rintihan pertolongan dari pemilik kucing yang tidak mahu memandulkan kucing mereka, tetapi kucing memancut merata-rata di kawasan rumah, keluar untuk bergaduh dengan kucing jantan lain, kucing betina yang mahu mengawan sentiasa bising di dalam rumah dan lebih teruk lagi, kehadiran anak kucing yang tidak diingini di rumah. Apa akibatnya? Mulalah kucing-kucing ini atau anak-anak kucing itu dibuang begitu sahaja. Semuanya kerana kegagalan pemilik kucing untuk memandulkan kucing. Tiada alasan untuk tidak memandulkan kucing. Jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab.

Mengabaikan Rawatan Vet yang Diperlukan Kucing

Walaupun kucing boleh sembuh dengan cepat jika mengalami sakit yang tidak serius, mereka juga boleh mati dengan cepatnya jika tidak dibawa ke vet sekiranya diperlukan. Kucing perlukan vaksin! Mereka perlukan pemeriksaan tahunan untuk mengukur tahap kesihatan. Dan semestinya mereka perlu rawatan vet dengan segera jika sakit atau tercedera!! Jangan melengah-lengahkan proses menghantar dan menggunakan khidmat vet swasta terutamanya, untuk kucing anda. Sila rujuk post ini: http://www.geligelikucing.com/blog/blog/tips-kekalkan-kesihatan-kucing/

Salah Memilih Makanan Kucing

 

Wang lebihan yang dapat disimpan dengan membeli makanan kucing murah akan menyebabkan anda terpaksa membelanjakan ratusan untuk rawatan vet.  Kucing memerlukan sumber protein daging yang bagus. Mereka tidak perlukan grain fillers yang banyak terutamanya jagung, yang banyak digunakan dalam makanan kucing murah. Makanan kucing yang berwarna mengandungi kandungan garam yang tinggi yang membahayakan kesihatan kucing. Terdapat banyak kes di mana kucing mengalami batu karang kerana diberi makanan bewarna oleh tuan mereka. Pilihlah makanan kucing berkualiti dan mengikut kemampuan anda. Ada banyak sebenarnya makanan kucing tidak bewarna yang berkategori Premium yang mempunyai harga berpatutan. Anda akan dapat lihat, kucing akan makan makanan berkualiti dalam kuantiti sedikit kerana mereka sebenarnya tidak perlu makan dengan banyak untuk mendapatkan nutrient yang diperlukan. Kami di Geli Geli Kucing hanya menjual makanan kucing yang tidak bewarna, tidak mempuyai kandungan garam dan yakni terbaik untuk kucing anda.

Membuang Kuku Kucing Sepenuhnya (Declawing)

Ramai pemilik kucing yang kurang pengetahuan ditanya oleh pihak vet jika mahu membuang kuku kucing sepenuhnya bila dimandulkan. Sesetengah vet menganggap proses declawing merupakan pembedahan rutin, sementara pencinta kucing menganggap ianya kejam, tidak berperikemaknusiaan, dan sangat tidak diperlukan dalam hampir setiap keadaan. Apa yang kami boleh katakan, tambahlah pengetahuan anda mengenai declawing ini supaya dapat membuat keputusan yang matang kelak. Fikirkan semula.

Membenarkan Kucing Keluar Dengan Bebas

Ramai orang yang percaya bahawa kucing perlukan kebebasan, udara segar dan cahaya matahari iaitu dengan menjalani kehidupan di luar rumah, sementara ramai yang boleh membuktikan bahawa kucing lebih gembira dan sihat jika hidup di dalam rumah sepenuhnya. Mereka percaya kehidupan luar lebih bahaya dari di dalam rumah dan isu ini tidak boleh didebatkan. Nasib baiklah ada beberapa tolak ansur yang boleh memberi kucing anda kedua-dua jenis kehidupan yang dapat membuatkan kucing gembira dan selamat. Contohnya seperti membiarkan kucing keluar beberapa kali sahaja seminggu untuk bermain di luar dan kemudiannya membawa kucing masuk semula ke dalam rumah untuk makan, minum, tidur.

Mengabaikan Kebersihan Bekas Pasir Kucing

Kucing akan selalu gunakan bekas pasir, jika bekas pasir itu bersih, tak berbau dan tak menyebabkan kaki kucing terasa tak selesa. Dengan menjaga kebersihan bekas pasir kucing, anda tak akan mengalami masalah kucing berak atau kencing merata-rata di dalam rumah. Jika kucing anda tiba-tiba mula kencing di luar bekas walaupun ianya bersih, bawa kucing ke vet kerana dikhuatiri mengalami masalah pundi kencing.

Boleh rujuk link ini untuk maklumat lanjut:

  1. http://www.geligelikucing.com/blog/blog/cara-elakkan-kucing-berak-merata/
  2. http://www.geligelikucing.com/blog/blog/punca-kucing-kencing-merata/
  3. http://www.geligelikucing.com/blog/blog/pasir-kucing-terbaik/

Menganggap Kucing Sebagai Barang/Hak Milik.

Pencinta kucing biasanya menganggap kucing sebagai ahli keluarga dan bukannya ‘haiwan peliharaan’. Anda tidak boleh menganggap atau membuat kucing seperti ‘barang/hak milik’ sama seperti anda tidak boleh menganggap manusia lain sebegitu.

Tidak Memahami Kucing

Kucing bukannya anak kecil, dan kucing bukannya anjing. Perangai kucing yang uniklah yang membuatkan mereka menjada haiwan yang menarik. Sesetengah perangai mereka boleh menyebabkan kita stress hanya kerana kita tidak memahami keperluan mereka. Kucing automatic akan mencari tempat tinggi, dan mengasah kuku mereka kerana mereka adalah KUCING, dan bukan kerana degil atau nakal. Tugas kita adalah untuk memenuhi keperluan mereka itu dengan cara yang terbaik. Boleh rujuk post ini untuk mengetahui cara bermain dengan kucing yang betul dan apakah mainan yang sesuai untuk kucing yang turut dapat menghilangkan stress kita. http://www.geligelikucing.com/blog/blog/cara-bermain-dengan-kucing/

Sebarang pertanyaan, perkongsian cerita mengenai kucing anda, boleh hubungi kami di talian berikut:

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056
GELI GELI KUCING

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *