โ”Macam mana nak hilangkan kutu kucing saya ni? Kesian asyik menggaru sampai luka! ๐” – Puan Fatimah
Sebagai catparents, kami faham kerisauan anda. Jangkitan kutu ni memang masalah yang merungsingkan, tak kira sama ada kucing anda dipelihara secara indoor ataupun outdoor. Bukan je kucing yang tergaru-garu, kita pun sama naik rasa meremang dan gatal-gatal badan! Tapi apa langkah yang berkesan untuk membasmi kutu kucing ni?
Berdasarkan pengalaman dan review dari groomer kami, di sini kami senaraikan 3 langkah rawatan berkesan yang dapat kami simpulkan untuk membasmi dan membantu merawat masalah kutu kucing.
1๏ธโฃ ๐ ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฏ๐ฎ๐
Kalau kucing anda ada masalah kutu, langkah terawal yang perlua diambil adalah untuk mandikan si bulus! Tapi jangan ambil langkah mudah mandikan kucing dengan sabun pencuci pinggan dan sebagainya tau. Guna shampu berubat yang khas untuk matikan kutu. Kalau tak ada masa atau tak tahu macam mana nak mandikan si bulus, bolehlah hantar ke Geli Geli Kucing untuk mandian rawatan nyahkutu (De-flea Treatment). Easy peasy!
2๏ธโฃ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ธ ๐๐ฏ๐ฎ๐ ๐ธ๐๐๐
Mandi sahaja masih belum cukup untuk membasmi kutu secara 100%. Selepas mandi, anda WAJIB apply ubat kutu pada kucing. Tak kisah jenis spray atau spot-on. Antara brand yang bagus adalah Frontline, Bio Active Care dan Advocate. Anda boleh dapatkan ubat kutu jenama ini di petshop atau veterinar berhampiran anda. Ubat kutu juga perlu diletakkan secara berkala bagi memastikan kutu dapat dibasmi sepenuhnya. Dapatkan konsultansi yang sewajarnya daripada groomer atau veterinar anda.
3๏ธโฃ ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐๐๐
Bagi kucing yang ada masalah kutu yang kronik, groomer biasanya akan mencadangkan untuk membuat Lion Cut. Proses ini dilakukan dengan mencukur keseluruhan bulu kucing kecuali di bahagian muka, tangan, kaki dan hujung ekor. Dengan cara ini, kutu dah tiada tempat untuk menyorok dan groomer boleh memulakan rawatan susulan dengan mandian nyahkutu dan rawatan ubat kutu. Dalam erti kata lain, rawatan tiga serangkai!
Anda sayang kucing kan? Jadi jangan abaikan isu kutu ni tau. Jadilah catparents yang bertanggungjawab! Antara masalah lain yang boleh terjadi disebabkan oleh kutu kucing:-
๐ฅ ๐๐ฆ๐ณ๐ข๐ฅ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ถ๐ญ๐ช๐ต
๐ฅ ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ณ๐ถ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ด๐ต๐ณ๐ฆ๐ด๐ด
๐ฅ ๐๐ฆ๐ฌ๐ถ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ณ๐ข๐ฉ (๐ข๐ฏ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ข)
๐ฅ ๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฃ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ค๐ข๐ค๐ช๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ
Untuk bacaan lanjut tentang kutu kucing, klik link artikel di bawah:-
Fleas in Cats: Causes, Treatment, and Prevention by Franny Shufy