4 Kesilapan dalam Memberi Kucing Makan

Memelihara kucing boleh diibaratkan seperti menjaga bayi. Jadi catparents juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan agar kucing dapat membesar dengan sihat. Realitinya, masih ramai catparents yang kurang peka mengenai amalan pemakanan dan diet kucing yang betul. Bak kata pepatah mat salleh, ‘we are what we eat’, jadi jom kita baca 4 kesilapan yang kerap kita lakukan dalam memberi kucing makan.

Obesiti pada kucing berlaku apabila berat badan kucing anda telah melebihi 15 hingga 20 peratus berat badan ideal kucing biasa.

1️⃣ Beri terlalu banyak makanan

Kadang kala kita rupanya sering terlebih memberi makanan kepada si manja dengan niat untuk menggembirakan mereka. Sedar-sedar je, “eh gemuknya kucing aku!”. Manalah tak gemuk kalau asyik makan dan tidur je seharian. Hehe. Memang kucing yang tembam dan gebu ni comel, tapi awas jangan sampai si bulus menjadi obesiti! Masalah obesiti atau lebih berat badan akan menyebabkan banyak masalah lain kepada kucing kita di kemudian hari. Sebagai contoh; masalah diabetis, athritis dan penyakit berkaitan sistem urin seperti batu karang.

Makanan basah atau wet food merupakan makanan kucing yang disediakan dalam bentuk jeli, bersup, atau berkuah dan biasanya bertekstur lembut dan kenyal.

2️⃣ Hanya makan makanan basah (wetfood)

Jarang-jarang admin tengok kucing yang tak suka wetfood, atau makanan basah ni. Biasanya siap meraung-raung minta wetfood sampai tak mahu makan kibbles atau makanan lain! Catparents jangan terlalu manjakan si bulus dengan wetfood tau. Bukan tak boleh makan wetfood tapi kena seimbangkan. Selain daripada kadar protein yang rendah untuk nutrisi pertumbuhan badan si manja, pengambilan wetfood setiap hari juga boleh menyebabkan masalah karang gigi kucing.

Secara purata kucing akan meminum secawan air atau 240 ml sehari namun jumlah ini boleh berubah dari hari ke hari.

3️⃣ Tidak membekalkan air bersih yang cukup

Walaupun kita dah sediakan makanan berkualiti tinggi dan super premium untuk si manja, kucing anda masih memerlukan bekalan air bersih yang cukup – sepanjang hari, setiap masa! Pengambilan air yang cukup oleh si comel akan membantu untuk meningkatkan kadar kesihatan mereka lebih lebih lagi bagi mereka yang tergolong dalam golongan kucing berumur dan kurang aktif. Kekurangan pengambilan air dalam diet seharian boleh menyebabkan masalah batu karang dan kegagalan buah pinggang.

Kucing merupakan haiwan karnivor yang memerlukan makanan berasaskan daging

4️⃣ Menjadikan kucing ‘vegetarians’

Umum tahu bahawa kucing adalah haiwan karnivor. Mereka adalah pemakan daging dan hanya memerlukan protein di dalam diet harian mereka. Karbohidrat sepatutnya tidak dipilih sebagai bahan utama dalam diet kucing, apatah lagi sayur-sayuran atau buah-buahan. Terlalu banyak serat dalam diet kucing akan menyebabkan si manja kekurangan nutrien, obesiti, masalah organ dan masalah saluran urinari.

Dah take note tentang 4 kesilapan dalam memberi kucing makan? Tapi…. macam mana pula kalau si bulus cerewet makan?

Jom kita baca artikel tentang tips memberi makan kepada kucing yang cerewet! Klik link artikel di bawah:-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *