Kucing anda suka menyorok?

Jom kami kongsikan 4 sebab kenapa kucing menyorok

======================
1. Tanda kucing mengandung
======================

Kucing yang mengandung dan menunggu hari untuk beranak akan mula mencari privasi dengan menyorok di tempat yang selamat baginya. Mungkin anda yang tidak perasan bahawa kucing anda mengandung boleh mula mengesyaki dan membuat pemeriksaan lanjut apabila ada symptom seperti ini.

========================================
2. Kucing anda mungkin sedang mengalami kesakitan
========================================

Kucing selalu menyorok apabila berada dalam kesakitan. Jika kucing anda sedang sakit, kemungkinan dia akan menyorok di dalam almari, di bawah katil atau perabot lain. Jadi untuk lebih selamat, bawa segera kucing anda berjumpa veterinar.

==============================
3. Kehadiran kucing baru di dalam rumah
==============================

Kucing mempunyai rasa senstitif yang sangat tinggi. Mereka akan mudah merasa tergugat apabila ada kehadiran kucing baru kerana mereka khuatir jika mereka sudah tidak mendapat perhatian dari tuannya. Jadi mereka mula menyorok mungkin untuk menunjukkan rasa protes mereka.

===================
4. Berada di tempat baru
===================

Apabila kucing berada di tempat baru seperti ketika di hantar boarding atau di bawa pulang ke kampong, mereka lebih suka menyorok dan mengambil masa beberapa ketika untuk mula meng”explore” tempat baru. Mereka sangat sensitive kepada perubahan.

“Suka Kucing? Mesti suka Geli Geli Kucing”.

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top