5 Sebab Musabab Mengapa Pemandulan Diharuskan


1. Menjaga Hubungan Sesama Jiran

?Mengelakkan bunyi bising yang dikeluarkan semasa kucing sedang ‘on heat’ dan nak mengawan.
?Mengelakkan kucing memancutkan air kencing di merata tempat untuk menanda kawasan *termasuk di rumah jiran.
?Merosakkan harta benda kerana sikap agresif

2. Mengelakkan Pergaduhan Sesama Mereka

? Kucing yang tidak dimandulkan akan sentiasa merasa tergugat dengan kehadiran kucing jantan yang lain.
? Sanggupkah kita melihat kucing sering pulang ke rumah dengan badan yang penuh luka dan cedera ?

3. Mengawal Populasi dan Kes Penderaan

? Elakkan dari berlakunya kes buang kucing tanpa rasa bersalah di tempat- tempat awam dengan alasan ‘kucing terlalu banyak’
? Elakkan berlakunya kemalangan
? Ditangkap atau didera orang lain
? Dibunuh dan sebagainya

4. Mengelakkan perbelanjaan lebihan dan penempatan semula anak si bulus yang lahir tanpa kawalan

? Terpaksa mencari adopter lain untuk kucing yang baru melahirkan anak

5. Membantu Mencegah Jangkitan Penyakit

? Akibat pergaduhan, seks bebas dan lain lain.
? Kanser rahim (betina)
? Meningkatkan jangka hayat kucing (inshaAllah)

Ramai sekali orang yang tidak mahu memandulkan kucing dengan alasan ‘kesian’ dan nak beri peluang kucing mendapat zuriat ? Sesungguhnya kucing adalah sangat berbeza dengan manusia Mereka tak mempunyai keinginan untuk mendapatkan zuriat. Mereka hanya menuruti nafsu.

Bahkan seekor ibu kucing akan hilang rasa untuk menjaga anaknya setelah 2 bulan melahirkan Dan dia akan terus membuat hubungan yang lain serta mengabaikan anak – anaknya tersebut. Dan proses itu berulang semula sehingga tamat hayatnya.

Datang sahaja musim mengawan, automatik hormon dalam badan kucing jantan dan betina akan membuatkan mereka rasa perlu untuk mengawanAda juga kes kucing masih mahu ‘mengawan’ setelah dimandulkan. Tiada masalah sebab sekurang kurangnya mereka masih boleh melakukannya tanpa kehadiran anak2 kucing yang baru pula

Walaupun anda hanya membela kucing jantan, jika kucing itu dibiarkan outdoor, lebih baik mandulkannya juga. Sebabnya, kucing tersebut akan dijaga dengan sangat baik oleh anda. Tapi bagaimana pula dengan kucing strays betina yang tiada tuan, tapi dibuntingkan oleh kucing jantan tersebut ? Walaubagaimanapun, pilihan adalah terletak di tangan anda Janji kita jaga si bulus ni dengan sebaik mungkin ye

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *