Amalan Pemakanan Kucing

Amalan pemakanan kucing

Tahniah diucapkan kepada semua catparents yang sentiasa berusaha sehabis baik untuk memberikan kehidupan yang terbaik buat si bulus.. Namun, kita semua sedia maklum, catparents pun hanya manusia biasa kan? Kadang kadang, mesti adanya beberapa perkara yang catparents akan terlepas pandang.. Pernah tak catparents terbaca tentang amalan pemakanan kucing ni dari mana mana perkongsian? Atau memang dah lama praktikkan amalan pemakanan seperti yang disarankan dalam penjagaan si bulus?

Jika ya, thumbs up! Namun, jika belum juga tak mengapa.. masih belum terlambat untuk belajar dan praktikkan okay?

Secara asasnya, amalan pemakanan ini mempunyai maksud yang sama dengan diet pemakanan. Dan…si bulus merupakan makhluk yang memerlukan diet pemakanan yang sangat sangat spesifik…

Persoalannya mengapa si bulus memerlukan amalan pemakanan yang spesifik?

Hal ini disebabkan oleh setiap kucing adalah berbeza dari aspek cara hidup, usia, tahap kesihatan, status kucing sama ada ia telah dimandulkan ataupun tidak, jenis baka serta apakah sensitiviti si bulus tersebut.

𝗞𝘂𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗼𝗿

  • Struktur gigi kucing di cipta untuk memotong makanan berprotein tinggi seperti daging.
  • Air liur kucing juga tidak mengandungi enzim pencernaan. Kucing hanya boleh mencerna beberapa gram daripada hidangan mereka.
  • Hanya sedikit nutrisi dan protein yang akan di serap masuk dalam badan, selebihnya akan melalui proses perkumuhan.

𝗠𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗯𝗮𝗸𝗮

  • Setiap baka mempunyai keperluan protein dan nutrisi yang berbeza dan juga mengikut keperluan serta gaya hidup tersendiri.
  • Contohnya, kucing yang berbaka besar dan berbulu panjang memerlukan makanan yang tinggi protein dan minyak ikan untuk membantu menghasilkan bulu yang lebat dan bersinar.
  • Makanan yang mengandungi kandungan protein yang tinggi kebiasaannya sesuai untuk kucing yang berasal dari baka yang besar seperti Maine Coon, Ragdoll serta Bengal.
  • Minyak ikan (e.g. Salmon Oil) – kucing yang berbulu panjang seperti Persian, Domestic Longhair memerlukan minyak ikan untuk mendapatkan bulu yang lebat dan bersinar.
  • Kibbles bersaiz besar sesuai untuk pembentukan otot muka terutamanya bagi kucing yang merupaka baka British Short Hair.
  • Manakala, makanan atau bahan yang berfungsi untuk mengawal hairball adalah bersesuaian untuk semua jenis kucing yang berbulu panjang seperti Persian, Maine Coon, Domestic Longhair dan Ragdoll.

𝗠𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝘂𝗺𝘂𝗿

  • Jangka hayat seekor kucing adalah lebih kurang 14 tahun, tetapi terdapat banyak juga kucing yang mencecah lebih daripada 20 tahun.
  • Penjagaan yang baik dan pemakanan diet yang sesuai boleh membantu meningkatkan kualiti dan jangka hayat kucing.
  • Kucing berumur 1 tahun ke bawah memerlukan makanan berprotein tinggi untuk membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
  • Sistem imunisasi kucing-kucing yang lebih tua akan merosot dan menyebabkan penurunan keupayaan untuk menyerap nutrien makanan. Makanan kucing senior lembih lembut dan mempunyai kandungan vitamin yang lebih tinggi.


𝗞𝘂𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗱𝗼𝗼𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗸𝘂𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗼𝘂𝘁𝗱𝗼𝗼𝗿

  • Kucing outdoor kurang menggunakan tenaga berbanding kucing outdoor.
  • Pengambilan makanan normal bagi kucing yang tidak mempunyai berat badan berlebihan adalah lebih kurang 50g makanan kering yang mengandungi 350kcal/100g.
  • Kawal pemakanan kucing anda terutama yang sudah di mandulkan, untuk mengelakkan obesiti.
  • Berat badan kucing yang telah di mandulkan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh masa beberapa bulan! 


𝗦𝗲𝗻𝘀𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂

  • Dianggarkan 70% kucing-kucing yang melebihi 3 tahun mempunyai masalah gigi.
  • Isu ini selalu tidak disedari tetapi kesakitan yang dialami kucing akan mempunyai kesan kepada tingkah laku kucing dan kesihatan secara amnya.
  • Diet yang sesuai adalah penting untuk membantu mengekalkan kesihatan gigi yang baik.
  • Berikan makanan yang bersaiz kecil yang mempunyai tekstur yang sesuai dengan keperluan nutrisi mereka.
  • Elakkan makanan basah yang akan menyebabkan pengumpulan plak pada gigi.
  • Perlu kerap membersihkan permukaan gigi kucing atau beri treats dental care bagi melambatkan pembentukan plak


Semoga perkongsian kali ini lebih bermanfaat untuk semua catparents! Masih belum terlambat untuk bermula terutamanya buat catparents yang baru adopt anak bulus yang masih kecil..

Sekiranya catparents berasa keliru atau was was dengan perkongsian ini, catparents juga boleh segera membawa anak bulus berjumpa dengan doktor veterinar bagi mendapatkan nasihat tentang amalan pemakanan yang bersesuaian.

Semoga anak bulus kesayangan semua mendapat nutrisi yang mencukupi serta membesar dengan sempurna dan aktif! Hee selamat mencuba!

Untuk rujukan tentang makanan yang tidak sesuai diberikan kepada si bulus kesayangan anda, mari kita lihat perkongsian daripada Public Health Malaysia https://web.facebook.com/geligelikucing/posts/1787401794763468

Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *