Anugerah Insan Prihatin 2017

BANTU KAMI MENCARI INSAN INI!

ANUGERAH INSAN PRIHATIN GELI GELI KUCING 2017

Insan prihatin yang kami cari merupakan sesorang yang sangat berjasa terhadap kucing, terutamanya kucing jalanan. Anugerah ini diadakan bagi menghargai jasa insan tersebut yang sanggup bersusah payah berkorban masa dan wang ringgit untuk menyelamatkan kucing-kucing terbiar di jalanan, seterusnya merawat sehingga pulih dan menjaga dengan penuh kasih sayang kucing-kucing terbiar ini.

Adakah anda insan prihatin yang kami cari? Atau anda kenal sesiapa yang ada ciri-ciri tersebut?

Ciri-ciri yang kami maksudkan adalah seperti :
a) Pecinta kucing.
b) Aktif menyelamatkan kucing jalanan di kawasan sekitar.
c) Memberi makan secara sukarela kucing jalanan di beberapa kawasan.
d) Mempunyai banyak kucing di rumahnya (20 ekor ke atas).
e) Berasal atau menetap di Taiping, Kamunting, Parit Buntar, Bagan Serai atau kawasan sekitarnya.

Jika anda ada mengenali insan istimewa seperti ini atau anda mahu mencalonkan diri anda sendiri, kami sangat mengalu-alukan pencalonan dari anda. Pencalonan atau saranan dari anda haruslah dibuat melalui “private message” di FB Geli Geli Kucing (https://www.facebook.com/geligelikucing/). Insan yang paling layak menerima anugerah ini akan dihubungi dan dijemput pada Program Sehari Bersama Si Meow yang akan diadakan pada Mei 2017 ini untuk menerima sumbangan istimewa dari kami.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Geli Geli Kucing di talian,
05-8050302
“Suka Kucing Mesti Suka Geli Geli Kucing”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top