Awasi 13 Jenis Kecemasan Kucing

kecemasan kucing

Kecemasan kucing adalah suatu keadaan di mana wujudnya gangguan pada kesihatan si bulus. Tapi macam mana nak kenalpasti kecemasan bagaimana yang perlu kita titikberatkan atau tidak?

Jom scroll di bawah… Antaranya adalah :

  • Strok haba
  • Kesukaran bernafas
  • Keracunan
  • Keletihan melampau
  • Lumpuh secara tiba tiba
  • Gigitan daripada haiwan yang berbisa
  • Trauma
  • Kesukaran untuk kencing atau sakit apabila kencing
  • Saiz anak mata yang aneh
  • Pain
  • Pendarahan yang banyak atau yang tak dapat dijelaskan puncanya
  • Kesukaran melahirkan
  • Terhuyung hayang ( Tidak dapat berjalan dengan betul)

Jangan melengahkan masa!

Kebanyakkan medical situations adalah situasi yang mengancam nyawa dan memerlukan rawatan perubatan dengan kadar segera. Walaupun kucing nampak sihat atau tidak terkesan, dengan melengahkan rawatan ini, kita bukan sahaja memanjangkan penyiksaan ke atas meraka… ianya juga mungkin menyebabkan kes tersebut tidak lagi dapat dirawat.

Kecemasan kucing : Sentiasa bersedia

Kecemasan boleh terjadi pada bila bila masa dan dengan sangat cepat. Akan tetapi, catparents boleh bertindak dengan sentiasa bersedia. Ianya termasuklah bersedia dari aspek:

  • menyimpan number telefon atau lokasi terdekat klinik veterinar.
  • memastikan cat carrier disimpan di tempat yang mudah diakses.
  • Segera menelefon klinik veterinar sebelum ketibaan anda ke klinik untuk dapatkan rawatan.
  • Sekiranya kucing termakan racun, pastikan untuk membawa sample racun tersebut di dalam plastik yang selamat.
  • Bawa bersama sample muntah serta sample najis si bulus.


    Nota Tambahan :

    Elakkan daripada memberi ubat ubatan manusia kepada kucing. Hal ini demikian kerana, uabatn manusia adalah toksik kepada haiwan. Selain daripada itu, makanan harian seperti halia dan bawang juga adalah merbahaya kepada kesihatan kucing. Sila rujuk dengan doktor veterinar terlebih dahulu sebelum memberi sebarang bentuk makanan atau ubatan kepada si bulus kesayangan anda.


    Untuk bacaan lanjut dari sumber yang berlainan, sila layari lamanweb tersebut: https://ms.animalthai.com/id-10-cat-emergencies-to-never-treat-at-home

    Seperti yang kita sedia maklum, catparents juga manusia biasa yang barangkali adanya kelemahan dalam beberapa aspek. Oleh itu, cat[parents yang baru atau telah lama memelihara si bulus, boleh rujuk perkongsian yang lepas mengenai kesalahan yang sering dilakukan oleh pemilik kucing : https://geligelikucing.com/10-kesalahan-yang-sering-dilakukan-oleh-pemilik-kucing/


    Tak apa jika terlambat sikit, next time jangan ulang lagi kesalahan yang sama okay? Sama sama kita belajar. Semoga setiap usaha akan membuahkan hasil atau manfaat untuk si bulus kesayangan!


    Geli Geli Kucing

    “Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top