Secara lazimnya, kucing yang gemuk dan montel akan sentiasa mendapat perhatian! Dengan perutnya yang bulat dan ‘paws’ yang gebu, ARGH COMELNYA! Geram betul, rasa nak picit-picit je kan… Tapi, sama seperti manusia, kucing juga boleh terdedah kepada risiko obesiti. Kucing yang memiliki berat badan berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, kualiti hidup dan fungsi tubuh badan mereka.
Sebagai pemilik kucing, kita perlu mengambil berat tentang pemakanan dan berat badan si manja. Jangan obses ‘menggemukkan’ kucing semata-mata untuk kelihatan comel! Sedangkan Guinness Book of Record pun tidak lagi menyertakan kategori Kucing Tergemuk di Dunia kerana khuatir pemilik kucing akan membahayakan kesihatan kucing untuk bertanding merebut gelaran tersebut.
Jom kita kenali kesan obesiti kepada kucing.
- Diabetes
Ya! Sama seperti manusia, kucing yang memiliki berat badan berlebihan juga berisiko untuk mengalami kencing manis. Bagi kucing yang didiagnos menghidap diabetes, mereka perlu diberikan suntikan insulin setiap hari. Kasihan si bulus!
- Sistem Imun Lemah
Kucing obesiti akan kucing mudah jatuh sakit dan terdedah kepada pelbagai penyakit lain disebabkan oleh sistem pertahanan badan kucing yang lemah akibat berat badan berlebihan.
- Penyakit Salur Kencing / Urinary Tract Infection (UTI)
Kucing yang gemuk biasanya ‘malas’ bergerak, apatah lagi untuk bangun dan minum. Kekurangan air dalam badan akan menggangu proses perkumuhan si manja dan boleh menyebabkan masalah jangkitan salur kencing dan batu karang.
- Kerosakan Hati dan Jantung
Bagi kucing yang gemuk, lemak yang berlebihan boleh menyelaputi organ seperti hati. Ini akan menyebabkan penyakit ‘hepatic lipodisis’ iaitu salah satu penyakit yang sering dihidapi oleh kucing gemuk dan boleh menjurus kepada kerosakan hati dan risiko jantung tersumbat.
- Sakit Sendiri/ Arthritis
Obesiti dan arthritis adalah dua perkara yang tak dapat dipisahkan. Bagi kucing yang obesiti, berat badan mereka yang berlebihan akan menjadi beban kepada sendi yang boleh menyebabkan kesakitan dan kesukaran untuk kucing bergerak.
Tapi jangan risau, dengan diet yang sihat dan gaya hidup yang aktif, anda boleh membantu kucing anda daripada menjadi obes. Anda juga boleh merujuk doktor veterinar untuk mendapatkan nasihat tentang cara pemakanan yang sihat dan rutin yang sesuai bagi membantu menurunkan berat badan si manja.
Jom kita sama-sama sihat! Takkan kucing je kena diet, tuan pun kena ubah cara hidup yang sihat!
Sumber :
Cat Obesity : https://www.cats.org.uk/help-and-advice/diet/cat-obesity