Bila Boleh Vaksinkan Anak Kucing??

Bilakah masa sesuai untuk vaksinkan anak kucing ??

Masa yang sesuai untuk vaksinkan anak si bulus adalah bila mereka dah capai usia 8 minggu atau 2 bulan

Berat si bulus haruslah mencapai 900g ke atas ye. Kalau kurang 900g tak boleh vaksinkan ?

Vaksin ini adalah untuk Rhinotracheitis Virus (FVR), Calic Virus (FCV) dan juga Panleukopenia
(juga dikenali sebagai Feline Infectious Enteritis)

Terlalu banyak jenis virus serta penyakit yang dapat menyerang sistem ketahanan kucing terutamanya yang tidak divaksinkan lagi

Antaranya adalah :
?gastritis ?cardiomyopathydegupan jantung pneumonia chlamydia IBD keratitis (jangkitan mata)?conjunctivitis (jangkitan mata) ?hyperthyroidism,? hematoma telinga, cystitis (batu karang), Anal glands(gangguan dubur)FIVFIAFIPcancer FeLVFLUTD URIsakit buah pinggangkencing manis rabbies

Namun begitu, virus di bawah ini yang perlu diambil perhatian kerana mudah menyerangnya kucing serta boleh membawa maut!!

Rhinotracheitis Virus (FVR)

FVR ini juga dikenali sebagai selsema kucing dan merebak melalui udara, seterusnya melalui saluran penafasan kucing. Ianya menyebabkan gangguan pada saluran penafasannya.

Kucing yang dijangkiti akan hilang selera makan, kerap bersin, demam serta mulut dan matanya berair lendir. Risiko jangkitan agak tinggi bagi anak kucing dan kucing dewasa.

Calicivirus (FCV)
.
Ianya merebak atau menular melalui hubungan terus dari kucing yang dijangkiti Ia juga menyebabkan gangguan pada saluran penafasannya. Kucing yang dijangkiti akan selalunya bersin, demam serta kurang selera makan

Panleukopenia (Feline infectious enteritis)

Virus ini mula dikesan menjangkiti kucing pada tahun 1964. Virus ini tersebar melalui hubungan terus kepada kucing yang dijangkiti

Kesan jangkitannya menyebabkan kucing akan cirit dan sering muntah yang agak teruk selepas dijangkiti dalam masa 2 ke 10 hari. Kucing juga akan kekurangan air, lemah dan terketar-ketar serta hilang kestabilan Separuh dari kucing yang dijangkiti mempunyai risiko kematian yang tinggi

FeLV (Feline Leukaemia)

Virus ini merebak melalui air liur, air kencing, air mata dan susu. Keadaan jangkitan ini mungkin berlaku ketika bermain, bergaduh serta penyusuan dari kucing yang telah dijangkiti. Tiada ubat khusus untuk penyakit ini dan kucing yang dijangkiti boleh menjadi pembawa virus tanpa menunjukkan kesan jangkitan serta menjangkiti yang lain.

Kesan jangkitannya menyebabkan demam, kurus, kurang darah ataupun pucat serta boleh mendapat barah. Vaksinisasi untuk virus ini adalah yang terbaik bagi kucing yang mempunyai risiko tinggi seperti kucing yang berada di luar.

Jangan tunggu sampai kucing dah terkena penyakit baru nak vaksinkan ye

Vaksinkan lah kucing dengan segera

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top