CARA ATASI PERANGAI KUCING YANG TIDAK DIINGINI
Sebagai penjaga kucing, kita perlu mengetahui perbezaan antara perangai kucing yang normal tetapi yang tidak diingini seperti fobia, perlakuan agresif, dan obsesif. Perlakuan kucing yang normal seperti tadi boleh mengganggu hubungan anda dengan kucing peliharaan.
Cuba untuk fahami bahawa kucing hanya mengikut ‘natural instinct’nya bila dia memilih tanaman bunga kegemaran sebagai tandas aau mencakar kerusi kesayangan anda. Jika kucing anda diajar disiplin sejak kecil, besar kemungkinan dia tidak akan berperangai sedemikian apabila dewasa.
? Jangan jerit atau memukul kucing!
? ‘No’ yang dikatakan dengan tegas sahaja sudah dapat
memberhentikan niat nakalnya.
Sebagai jalan penyelesaian terakhir, gunakan pistol air dan pancutkan air ke arah kucing untuk menghalangnya dari terus membuat perkara yang tidak diingini di dalam rumah.
? PERANGAI KUCING YANG TIDAK DIINGINI
Menggali Tanaman
Perlakuan kucing yang sering menggali tanah di sekitar tanaman bunga/pasu sebagai tandas adalah satu perkara yang merimaskan penanam bunga tersebut. Jika kucing anda memilih taman berhampiran sebagai tandas, ia akan mula tidak disukai oleh para jiran dalam tempoh yang cepat.
Remedy
Tanaman di taman boleh dilindungi dengan dawai atau ‘netting’ untuk menghalang kucing dari terus menggunakannya sebagai tandas. Cara terbaik adalah dengan meletakkan ‘gravel’ yang tajam di sekeliling tanaman kesayangan anda.
Tanaman di dalam rumah seperti dalam pasu bunga boleh dilindungi dengan meninggalkan rasa jus lemon yang masam ke atas daun. Jika tidak berhasil, gunakan pistol air dan pancut air bersih ke arah kucing setiap kali dia berperlakuan nakal.
Fikir dengan baik sebelum memilih langsir, karpet dan kerusi.
Sesetengah tekstur fabrik akan menarik perhatian kucing untuk bermain dan mencakarnya. Latih kucing anda untuk menggunakan’cat post’ sebagai tempat untuk mencakar.
?Bergaduh Dengan Kucing Lain
Kucing yang tidak dimandulkan akan sentiasa bersikap agresif dan bergaduh dengan kucing lain. Natural instinct kucing jantan adalah untuk menjaga dan mempertahankan kawasan dari kucing jantan yang lain, serta mencari kucing betina untuk dijadikan pasangan. Jika anda mempunyai kucing sedemikian dan membiarkan ia untuk keluar bermain di luar, sudah tentu badannya akan sentiasa mengalami parut atau luka dari pergaduhan.
Makan Tanaman di Rumah
Kucing biasanya akan menggigit/mengunyah/makan daun pada tanaman di rumah. Kucing yang tinggal di dalam rumah akan menggantikan rumput dengan daun tersebut untuk dimakan. Perkara ini adalah normal dan dilakukan oleh semua kucing. Oleh itu, jangan simpan sebarang tanaman bertoksik di dalam rumah anda seperti bunga Lili ❎
Mencakar Perabot
.
Kucing mencakar perabot dan sebagainya untuk ia mengasah kuku. Kucing yang merasa terkurung dan takut juga akan bertindak sedemikian untuk menandakan kawasannya.
? Jika anda mengalami masalah lain berkaitan si bulus anda, jangan segan untuk pm atau hubungi kami. Kami akan cuba membantu anda ?
Taiping: 05-8050302
Ipoh: 013-5201060