Bermain Dengan Kucing
Salah satu keseronokan memelihara kucing adalah apabila melihat kucing bermain. Belajar untuk bermain adalah penting bagi perkembangan anak kucing kerana mereka akan dapat belajar tentang skill penting yang diperlukan bila semakin membesar.
Selepas usia 6 bulan, sifat ingin bermain dalam diri kucing akan berkurangan. Ia lebih suka menyimpan tenaganya untuk ‘memburu’.
- KUCING ANDA DAH MULA MALAS BERMAIN?
- KUCING MALAS BERGERAK??
- KUCING ANDA MENJADI PASIF?
- MACAM MANA NAK ATASI MASALAH-MASALAH NI??
Anda boleh membuatkan sesuatu permainan atau aktiviti itu menarik bagi kucing dengan bermain bersamanya sekali. Tetapi lebih digalakkan untuk menyediakan PASANGAN bagi kucing anda. Kucing yang dipelihara di dalam rumah yang sama akan bermain bersama-bersama sehinggalah mereka dewasa.
Alat permainan yang menarik termasuklah:
- Tikus mainan
- Sacks dengan dried catnip
- Bola kecil yang melantun
- Bulu/feathers
- Tali
PERMAINAN YANG BOLEH KUCING MAIN SENDIRIAN!
Ping-pong ball
Bola kecil yang boleh melantun adalah mainan yang paling sesuai untuk kucing anda menarik dan menolaknya sendiri menggunakan pawnya.
Catnip Mouse
Catnip akan hilang baunya lama-kelamaan, dan perlu diganti dengan yang baru.
Cat’s Craddle
Bebola benang adalah mainan yang paling digemari kucing. Kucing akan seronok menejar bebola benang itu dan mengikut jaluran benang di bawak kerusi dan kaki meja. Jangan biarkan kucing anda bermain dengan kapas/kain/benang kecil kerana dikhuatiri ia akan menelannya.
PERMAINAN YANG BOLEH DIMAIN BERSAMA!!
Hide and Seek
Kotak cardboard adalah sesuai untuk kucing bermain sorok-sorok bersama pasangannya. Selepas menghidu setiap bahagian kotak, kucing akan menyorok di dalamnya, tetapi kucing peliharaan anda yang lain akan mula bermain dan menganggunya.
Mouse on a string
Kucing seronok melihat sebarang objek yang tergantung di hadapan matanya seperti tali.
Fun with Feathers
Bebulu adalah alat permainan yang baik untuk menggeletek kucing anda dan bermain dengannya. Hati-hati dengan kukunya. Jika anda tidak menjauhkan tangan anda dengan segera, anda mungkin akan dicakarnya. Ikat bulu (feather) dengan tali untuk kucing kejar. Tarik bulu tersebut perlahan-lahan di hadapan kucing dan tunggu kucing untuk mendekati dan mengejarnya.
Pouncing Practice
Kucing akan terpegun melihat tube cardboard seperti tube penggulung tisu. Kucing akan duduk diam melihat tube tersebut dan menunggu jika ada apa-apa yang akan keluar daripadanya.
Hubungi kami untuk menanyakan jenis-jenis permainan kucing yang ada dijual di kedai kami! 05-8050302
Geli Geli Kucing
atau boleh ke Facebook kami untuk sebarang soalan 🙂