Cara Buat ‘Wetfood’ Homemade

cara buat wet food kucing

Cara buat ‘wetfood’ homemade? Wah menarik! Tak pernah tahu kan yang kita sebenarnya boleh buat sendiri wetfood untuk si bulus?

Hmm sekali sekala seronok juga kan kalau kita dapat manjakan si bulus kesayangan gunakan air tangan sendiri? Nak tahu cara cara penyediaan homemade wetfood? Jom scroll di bawah!

Cara buat ‘Wetfood’ homemade:

  • STEP 1 :

Sediakan bahan protein utama (ayam/ ikan), bahan fiber (carrot/ brokoli/ labu) dan agar agar tali

  • STEP 2:

Bersihkan ikan/ ayam dan rebus sehingga masak

  • STEP 3:

Sekiranya menggunakan ikan, asingkan isi ikan daripada tulang. Kisar bahan protein yang sudah direbus tadi bersama sayuran pilihan sehingga hancur. Tambah air mengikut kesesuaian.

  • STEP 4:

Tuang bahan yang sudah dikisar ke dalam periuk bersama lebihan air rebusan dan masak seketika.

  • STEP 5:

Masukkan agar agar tali dan kacau sehingga agar agar tersebut larut. Untuk 1 kilogram bahan protein, masukkan 1/2 paket agar agar tali.

  • STEP 6:

Apabila agar agar sudah masak, sejukkan seketika sebelum dituang ke dalam bekas. Jika mahu, anda juga boleh menambah sedikit vitamin kucing untuk nutrisi yang lebih lengkap.

  • STEP 7:

Masukkan ke dalam peti ais untuk beberapa jam dan sedia untuk dihidang!

Tapi, best ke wetfood ni? Ada manfaat ke untuk pertumbuhan si bulus?

Seperti makanan manusia juga, setiap jenis makanan pastinya mempunyai baik dan buruknya yang tersendiri. Begitu juga dengan wetfood. Namun, pembuatan secara homemade lebih terjamin kebaikannya kerana kita sendiri tahu bahan yang digunakan di dalam kandungan makanan tersebut.

Di dalam posting kami yang lepas ada menceritakan tentang kebaikan serta keburukan wetfood vs dryfood. Catparents boleh rujuk di : https://geligelikucing.com/wet-food-vs-dry-food/

Untuk resepi yang berlainan dan pelbagai pula, catparents boleh rujuk di laman web ini : https://www.remaja.my/cara-buat-wet-food-kucing-homemade-rahsia-kucing-jadi-gemuk-dan-gebu/

Selamat mencuba! Jangan lupa sharekan result di ruangan komen okay!

Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top