Cara Elakkan Kucing Berak Merata

Harini kami nak kongsi kat hampa semua,

CARA NAK BAGI SI BULUS GUNA BEKAS PASIR

  • sebab banyakkan kes kucing berak merata?
  • Kencing merata ?
  • Ada bekas pasir tapi buat dek je. Kan Kan ?

Disebabkan ramai yang membela si bulus tak ber-ibu, atau adopt kucing jalanan, hampa mungkin mengalami kesukaran nak latih kucing tu guna bekas pasir kan? Okay, ini apa yang hampa semua perlu buat:

1. PILIH BEKAS PASIR YANG SESUAI


Kucing ni kalau bekas pasirnya terlalu kecil dari saiz badannya, kemungkinan besar mereka tak akan gunakan bekas tu. Jadi, mulalah kencing atau berak merata dalam rumah. Oleh itu, pilihlah bekas pasir yang bersesuaian dengan saiz si bulus ye.

 

2. TENTUKAN JENIS BEKAS PASIR YANG SESUAI

                                      
Ada 2 jenis bekas pasir iaitu jenis tertutup atau terbuka. Dua-dua pun ada kelebihan masing-masing. Contohnya: bekas pasir tertutup dapat elakkan pasir dari keluar dan berterabur, bekas pasir terbuka pula memudahkan hampa nak scoop najis kucing tu hehe. Jangan risau, dua-dua jenis bekas pasir ni pun ada kat Geli Geli Kucing.

3. SEDIAKAN LEBIH DARIPADA SATU BEKAS
Kalau ada ruang dalam rumah, kami sarankan hampa sediakan lebih dari 1 bekas pasir. Supaya senang si bulus boleh guna bekas pasir yang berdekatan dengannya bila perlu, pada masa-masa tertentu. Lagi-lagi kalau hampa bela banyak bulus di rumah.

4. LETAK BEKAS PASIR DI LOKASI YANG SESUAI
Haaa, merujuk balik pada tips sebelum ini, si bulus akan gunakan bekas pasir yang berdekatan dengannya, dan yang dapat diakses dengan mudah. Kalau kucing hampa selalu bermain kat ruang tamu, janganla letak bekas pasir tu jauh sangat. Takut tak sempat dia nak berlari nanti

5. GUNAKAN JUMLAH PASIR YANG BETUL
Senang ja tips ni sebenarnya kalau hampa nak tau. Pasir yang terlalu banyak dalam bekas akan menyebabkan kawasan sekitar bersepah dengan pasir selepas dikais oleh si bulus. Pasir yang terlalu sikit pulak akan buatkan si bulus rasa “aish, macam mana nak kambus balik najis/air kencing ni. Macam tak cukup ja”. Pastu mulalah berak kat luar bekas.

6. PASTIKAN BEKAS SENTIASA BERSIH
Pastikan hampa scoop najis si bulus dalam bekas pasir tu dengan kerap. Contohnya, 2 kali sehari. Si bulus ni macam kita lah kalau pi tandas awam memana; Kalau tandas tak bersih, kita nak guna tak?

7. JADI PENGAJAR
Disebabkan ada kucing yang tak ber-ibu atau kucing jalanan, hampa sebagai tuan perlu bertindak sebagai pengajar. Contohnya, angkat si bulus ke tempat pasir dan tunggu sehingga si bulus melepaskan hajatnya. Ulangi perbuatan ni beberapa kali sampai si bulus boleh melakukannya sendiri.

Kat bawah ni kami ada share beberapa bekas pasir yang dijual di Geli Geli Kucing tau. Sebarang pertanyaan mengenai penjagaan kucing atau pasir yang sesuai digunakan, amatlah dialu-alukan. Pm kami ye

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056


05-8050302
GELI GELI KUCING

22 thoughts on “Cara Elakkan Kucing Berak Merata”

  1. Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
    Boleh cuba gunakan produk “Cat Repellent” dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
    Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
    http://www.tenringgitshop.com
    Selamat mencuba yer.

  2. Hai saya ada membela seekor kucing betina.. kucing betina ini saya bela di luar rumah sebab mak saya tidak benarkan kucing masuk ke dalam rumah.. kucing ini biasanya akan membuang di padang berdekatan flat.. ya saya tinggal di flat tingkat 4.. kucing ini saya beri makan di luar rumah.. ada satu hari.. dye mengandung then lahirlah seekor anak kucing betina.. saya jaga anak kucing ini di luar rumah dan sentiasa membuang tahinya.. selepas 3 bulan.. kucing ini mula membuang di luar rumah saya merata- rata dan mak saya sudah mula complaint.. sejak dari hari itu.. saya sering membuang tahi dan bersihkan air kencingnya tapi bau nya tetap ada dan membuat kan mak saya rimas.. saya ingin membeli pasir tapi mak saya tidak benarkan dan katanya membazir..lagipun saya tidak cukup wang untuk membeli nya memandangkan saya masih bersekolah dan sebelum ini segala keperluan kucing seperti makanan SAYA SEORANG YANG TANGGUNG. hendak diajar membuang di tandas mak saya tidak benarkan kucing masuk ke dalam rumah.. mak saya suruh saya membuang kucing itu tapi saya ini seorang pencinta kucing dan saya menganggap membuang kucing satu perbuatan yg kejam. Saya dah tak tahu nak buat apa.. please berikan tips untuk selesaikan masalah saya😥😥😥

  3. Ada yang mengesyorkan pasir najis kucing. Kalau boleh saya tidak mahu kucing buang najis dihalaman rumah. Sudah bermacam-macam petua tetapi satu pun tidak berkesan. Akhirnya saya pasang Motion Detected Sprinkler perinjis air. Barulah masalah selesai. Kucing tidak berani mendekati halaman rumah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *