Toilet Training
Cara Melatih Si Comel Menggunakan Bekas Pasir
? Latihan perlu dilakukan seawal mungkin. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biar dari rebungnya” ? Jadi seawal usia anak kucing, latihlah mereka menggunakan bekas pasir supaya di masa hadapan ia akan memudahkan kerja anda ?
? Berikut kami kongsikan nasihat praktikal untuk melatih anak kucing :
♥ 1. Saiz bekas pasir memainkan peranan yang penting supaya ia menjadi “kitten-friendly”? Pastikan saiznya tidak terlalu besar dan tidak terlalu tinggi ? bagi memudahkan anak kucing melompat masuk ke dalam bekas pasir tersebut.
♥ 2. Letak kucing di bilik yang lebih kecil atau di dalam sangkar bersama bekas pasir yang jaraknya tidak terlalu jauh dari kucing. Senang ? nak ? dalam bekas pasir tu nanti.
♥ 3. Pantang untuk kucing jika anda letakkan bekas pasir di laluan orang ramai atau di tempat terdedah Mereka juga seperti kita yang tidak suka diganggu apabila sedang melepaskan hajat.
♥ 4. Satu lagi pantang mereka adalah, jangan sesekali letakkan bekas makanan dan minuman berhampiran tandas mereka Kita juga tak suka makan dan minum berdekatan tandas kan ?
♥ 5. Anda boleh membantu kucing membiasakan diri untuk menggunakan bekas pasir dengan meletak mereka di dalamnya sejurus mereka bangun dari tidur atau selepas mereka makan
Kekerapan melakukan perbuatan ini secara tidak langsung menghantar signal ke otak mereka bahawa mereka perlu menggunakan bekas pasir tersebut jika ingin membuang
♥ 6. Ingat, kucing adalah makhluk pembersih. Oleh itu, bekas pasir mereka perlu dicuci dengan kerap ya
? Jika anda ada sebarang masalah atau cerita mengenai si bulus anda untuk dikongsikan bersama, boleh pm kami atau hubungi sahaja kami di talian berikut:
Taiping: 05-8050302
Ipoh: 013-5201060
Atau boleh pm kami terus :
https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056
“Suka Kucing, Mesti Suka Geli Geli Kucing”