? CARA MEMANDIKAN KUCING ?


Sesetengah orang menganggap kucing tidak perlu dimandikan kerana kucing selalunya ‘memandikan’ diri sendiri dengan menjilat bulu–bulu mereka. Ada masanya anda perlu memandikan kucing tersebut. Contohnya apabila mereka mula berbau dan bulu mereka terkena minyak atau gris.

Pastikan anda telah menyediakan segala keperluan untuk memandikan kucing sebelum mandikannya.
?Syampu
?Tuala
?Sikat
?Berus
?Jug

Gunakan sabun mandian kucing yang selamat dan pastikan sabun tidak masuk ke dalam mata kucing. Jika kucing anda tidak berbulu lebat, gunakan ‘dry shampoo’ dan gosokkan sabun ke atas badan kucing.


? CARA MANDIAN

1. Isikan tempat mandian atau bekas besar dengan air suam lebih kurang 10cm (4 in) ?

2. Periksa suhu air dan letakkan kucing ke dalam bekas mandian secara perlahan-lahan ?

3. Basahkan bulu kucing dengan air suam dan sedikit syampu bermula dari leher hingga bahagian bawah menggunakan jug ?

4. Gosokkan syampu ke badan kucing dengan perlahan-lahan. Pastikan sabun tidak memasuki telinga?atau mata kucing.

5. Gunakan air suam ? untuk membersihkan badan kucing anda dari syampu tadi.

6. Angkat kucing anda keluar dari bekas mandian tadi dengan perlahan. Gunakan tuala untuk mengeringkan bulu kucing.

7. Cuci dan lap di sekeliling mata, telinga dan hidung ? menggunakan kapas lembut yang lembab.

8. Jika kucing anda tidak takut, keringkannya dengan pengering rambut. Pegang pengering rambut di jarak selamat dan sikat bulu kucing pada masa yang sama ?

?Jika anda masih tidak pasti akan cara yang betul untuk memandikan kucing, boleh hubungi kami, dan staff berpengalaman akan membantu anda ? Atau boleh terus booking slot grooming untuk kami mandikan kucing anda ?

?Tambah2 lagi, bulan ni ada Promosi Basic Grooming RM25 sahaja untuk semua saiz. Haaa call la kami nanti untuk booking ?

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top