Jika anda rasa kucing anda tidak sihat, lakukan pemeriksaan asas ke atasnya. Anda boleh menjadikan pemeriksaan tersebut sebagai rutin bermula dari usia awal. Pemeriksaan yang kerap mempunyai banyak kelebihan. Anda boleh mengesan sebarang perubahan awal dalam kesihatan kucing dan membolehkan anda memberi laporan yang lengkap kepada doktor haiwan tentang sebarang tanda-tanda aneh pada kucing anda. Hubungan antara anda dan kucing anda juga akan lebih rapat.
MENGAMBIL KIRAAN DENYUTAN NADI
- Letak kucing di atas meja atau permukaan tinggi. Pastikan kucing anda dalam keadaan tenang dengan bercakap secara lembut kepadanya
- Nadi kucing dapat dirasakan dengan tepat dengan meletakkan satu tangan anda di bahagian kirinya, di belakang kaki hadapan kucing.
VITAL SIGNS
Bacaan nadi, suhu dan kadar pernafasan normal adalah:
Bacaan nadi: 160-240 per minit.
Suhu: 38-39C/100-102F
Kadar pernafasan: 20-30 per minit.
MENGAMBIL BACAAN SUHU
1.Goncang kan thermometer dan gunakan ‘petroleum jelly’ sebagai lubricant untuknya. Angkat ekor kucing dan masukkan thermometer.
2.Pegang thermometer di dalam punggung kucing dengan berhati-hati sekurang-kurangnya 1 minit. Keluarkan ia dan lap permukaan thermometer sebelum membaca bacaannya.
- Suhu kucing yang sihat adalah di antara 38 dan 39C (100 and 102F)
MEMERIKSA TAHAP FUNGSI TUBUH
Pernafasan
Dengar pernafasan masuk/keluar kucing.
Telinga
- Lihat ke dalam telinga kucing tapi jangan letakkan apa-apa ke dalamnya.
- Perhatikan sebarang kesan cakaran di luar bahagian telinga, kemerahan atau tahi telinga yang bewarna gelap (mungkin tanda awal ear mites)
Mulut
Buka mulut kucing dan periksa jika ada gigi yang patah, gusi bengkak/merah atau masalah gigi lain yang memerlukan pemeriksaan lanjut dari doktor haiwan.
Abdomen
Apabila kucing berada dalam keadaan tenang, gunakan tangan untuk periksa abdomen kucing untuk pastikan jika ada kesan bengkak, atau rasa lembut di abdomen. Periksa dengan lembut dan perlahan untuk lihat reaksi kucing sekiranya ia berada dalam kesakitan.
Mata
- Lihat untuk sebarang ketidaksamaan, kelainan, kemerahan, atau luka.
- Jangan titiskan sebarang ubat mata ke dalam mata kucing sebelum merujuk pada doktor haiwan.
- Jangan sentuh bola mata kucing.
Kuku
- Letakkan tekanan/picit kaki kucing untuk memeriksa kuku kucing.
- Perhatikan sebarang kuku yang patah atau hilang dan sebarang kecederaan pada permukaan ‘paw’ kucing.