Ciri-Ciri Kucing Yang Sihat

THE HEALTHY CAT

  • TAK TAHU SAMADA KUCING ANDA SIHAT ATAU TIDAK?
  • TAK TAHU MASA SESUAI UNTUK PERIKSA KUCING?
  • BACA DEKAT BAWAH NI TAU !!

Kucing yang sihat akan kelihatan yakin, sentiasa peka dan berminat dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Untuk tidak terlepas pandang akan sebarang perubahan kesihatan kucing anda, selalulah perhatikan gelagatnya dan bawa dia untuk pemeriksaan kesihatan. Kucing yang kurang sihat tidak akan menunjukkan sebarang simpton dan anda mungkin tidak akan menyedarinya sampailah keadaan kucing anda semakin teruk dan sakit.

Masa yang paling sesuai untuk memeriksa kucing adalah apabila dia berada dalam keadaan tenang atau duduk di riba anda.  Memeriksa keadaan tubuh badannya ketika  itu sudah boleh memberikan anda maklumat yang anda perlu.

Perangai kucing biasanya dapat menunjukkan sekiranya kucing itu sihat atau tidak. Jika anda perasan sebarang perubahan kecil seperti hilang selera makan, kurang aktif atau sentiasa tidur, rujuk doktor haiwan dalam kadar segera. Anda boleh menelefon staff yang terlatih untuk meminta nasihat mereka sebelum merujuk doktor haiwan.

REAR

Kucing yang sihat akan memastikan kawasan bawah ekornya sangat bersih.

SKIN & COAT

Bulu kucing berada dalam keadaan yang kemas dan lembut apabila disentuh. Tubuh badan kucing bebas dari kesan calar, luka kerana bergaduh, dan tiada tanda-tanda kehadiran kutu atau kebotakkan.

EARS

Bahagian luar telinga kucing akan sentiasa kotor dan perlu dibersihkan sekali dalam seminggu.  Bahagian dalam telinga kucing sepatutnya bewarna ‘pink’ dan tahi telinga tidak berkumpul.  Jangan memasukkan apa jua jenis alat ke dalam telinga kucing.

EYES

Mata kucing yang sihat adalah sangat jelas dan terang. Jika kelopak mata ketiga mula kelihatan, itu merupakan petanda kucing anda tidak sihat.

NOSE

Hidung kucing yang sihat adalah lembut dan rasa lembab apabila disentuh.  Hidung kucing perlu bebas dari sebarang kekotoran. Rujuk doktor haiwan jika kucing anda bersin secara berterusan kerana mungkin ianya tanda ‘respiratory virus’.

MOUTH AND TEETH

Gigi kucing akan bersih dan nafasnya tidak berbau jika diberus dengan kerap.  Sepatutnya tiada sebarang gigi yang patah dan gusi sepatutnya bewarna pink pucat.

Untuk makluman anda, GELI GELI KUCING ada menyediakan pelbagai suplement tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan kucing anda!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi kami:

05-8050302
Geli Geli Kucing

atau boleh ke Facebook kami untuk sebarang soalan ?

https://www.facebook.com/geligelikucing/

1 thought on “Ciri-Ciri Kucing Yang Sihat”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top