CIRIT BIRIT : BAHAYAKAH PADA ANAK KUCING

cirit birit bahayakah pada anak kucing?

Cirit birit bukan sahaja boleh berlaku pada kucing dewasa.. Ianya juga boleh berlaku kepada anak kucing tau.. Dan yang paling penting untuk cat parents tahu adalah.. cirit birit pada anak kucing secara berterusan boleh menyebabkan dijangkiti virus dan boleh membawa maut! Nampak macam benda kecil kan? Tapi besar kesannya…

Oleh itu, sekiranya Cat parents mempunyai anak kucing yang kerap mengalami masalah seperti ini, dinasihatkan untuk segera bawa ke klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan ya.

Simptom- Simptom : 

  •  Kerap buang air besar dalam bentuk cecair
  •  Najis dan mulut berbau busuk
  •  Demam panas
  •  Tiada selera makan
  •  Letih dan lemah
  •  Muntah

Apa punca berlakunya cirit birit?

  •  Alahan terhadap makanan – perubahan diet.
  •  Stress akibat perubahan persekitaran- terkejut kerana bertukar rumah, tuan atau ada kehadiran orang baru dalam keluarga. 
  •  Minum air yang tak bersih.

Langkah Pencegahan :

  • Suntikan vaksin, ‘deworming’ dan ‘anti parasitic’ seawal umur 2-3 bulan.
  • Catparents perlu bagi makanan yang berkualiti mengikut fasa umur yang bersesuaian kerana formulasi nutrient dan protein adalah berbeza mengikut keperluan umur si bulus.  

Untuk pembacaan yang lebih lanjut mengenai cara atasi masalah cirit birit bagi anak kucing, catparents boleh rujuk kepada posting kami yang ini ya : https://geligelikucing.com/cara-mengatasi-masalah-cirit-birit-kucing/

dan

Sumber lain : https://bukitbesi.blogspot.com/2021/01/kucing-cirit-birit-cara-merawat.html

Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *