Demam Kuning @ ‘Jaundice’ pada Kucing

Pernah lihat kucing kena demam kuning? Ya, demam kuning atau yang selalu disebut sebagai ‘Jaundice’ @ jaundis. Alah! Macam yang sering terjadi pada bayi-bayi baru lahir tu…

Sama seperti demam kuning pada manusia, simptom jaundis boleh dilihat pada bahagian badan kucing seperti telinga , mata dan gusi yang berubah menjadi warna kekuningan. Antara simptom lain:-

  • Air kencing menjadi warna jingga terang
  • Berat badan susut mendadak
  • Tidak mahu makan dan minum
  • Sering muntah dan cirit-birit
  • Keletihan dan tidak bermaya
Simptom Demam Kuning @ ‘Jaundice’ pada kucing mudah dilihat di telinga dan gusi kucing.

Apa faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya Demam Kuning pada kucing?

Banyak faktor yang boleh menyebabkan demam kuning ini. Tapi, yang paling utama adalah disebabkan oleh kutu kucing yang membawa bakteria ‘mycoplasma’.

Oleh itu pemberian ubat kutu secara teratur memainkan peranan penting untuk kesihatan anak bulus anda. Pastikan anak bulus mendapatkan rawatan ubat kutu yang teratur, mengikut jadual dan dos yang disarankan oleh vet anda. Tekan SINI untuk 3 tips berkesan membasmi masalah kutu kucing!

Antara faktor lain adalah:-

  • Kecacingan dalam hati kucing
  • Jangkitan darah disebabkan parasit
  • Anemia – kurang sel darah merah
  • Jangkitan virus FIP
  • Keracunan toksin
  • Kanser hati

Bagaimana nak rawat kucing yang terkena Demam Kuning?

Selalunya kalau terjadi pada bayi, kita akan dengar makcik-makcik pesan suruh jemur bawah matahari pagi… Betul tak? Tapi janganlah pula kucing pun dijemur kat panas matahari ye. Lain kaedah rawatan bagi bayi manusia dan kucing. Awas!

Untuk pengetahuan anda semua, walaupun demam kuning pada kucing TIDAK berjangkit kepada kucing lain, ia sebenarnya sangat serius dan boleh mengakibatkan kematian.

Ujian darah perlu dilakukan bagi mengetahui tahap Demam Kuning @ ‘Jaundice’ pada kucing

Tiada ‘home remedy’ yang sesuai untuk merawat penyakit yang serius dan cepat merebak ini. Anda cuma perlu pastikan si bulus sentiasa hidrat dan force-feed (suap makanan) jika perlu. Sila segera ke klinik haiwan berhampiran untuk doktor veterinar menjalankan ujian darah bagi meneruskan dengan rawatan dan ubatan yang sesuai untuk kucing anda.

Rujukan: Nadia Veterinary Clinic, https://themamamiaow.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *