GELI GELI KUCING CAT HOTEL’S POLICY
Hai semua Meow Rangers
Sebelum hampa nak hantar si bulus untuk boarding di Hotel Geli Geli Kucing, hampa kena tau yang . . .
KAMI HANYA MENERIMA KUCING YANG TELAH DIVAKSIN (COMPLETE VAKSIN) SAHAJA UNTUK BOARDING DI GELI GELI KUCING.
Kucing perlu divaksin buat kali terakhir (complete vaksin) sekurang – kurangnya seminggu sebelum tarikh check in
Terdapat risiko jika tarikh vaksin dan check in terlalu dekat kerana kucing yang baru sahaja divaksin akan berada dalam keadaan yang lemah.
Kad vaksin perlu dibawa bersama sebagai bukti semasa check in
Sekurang kurangnya dah sekali vaksin (semasa usia 6 bulan ke atas) untuk kucing dewasa. Untuk kitten, perlu complete vaccine (3 kali)
? Kepentingan vaksin adalah untuk merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Bahayanya tidak vaksinkan kucing ini adalah, si bulus boleh terkena penyakit yang membawa pada kematian dan boleh berjangkit pada si bulus lain.
? Oleh kerana ramai sangat si bulus yang selalu boarding di Geli Geli Kucing ni, kami tak mahu risikokan nyawa mereka dan si bulus hampa. Oleh itu, kalau nak hantar kucing untuk boarding di sini, WAJIB VAKSIN kan kucing sebagai langkah pencegahan awal. Kucing hampa nanti pun akan terlindung dari jangkitan penyakit.
Jom kita baca tentang penyakit mudah berjangkit yang boleh dielakkan dengan vaksinasi :
1) FELINE PANLEUKOPENIA (FPL)
Penyakit ini disebabkan oleh Virus yang mudah berhangkit dan boleh membawa maut terutamanya anak kucing.
TANDA-TANDA JANGKITAN: Demam panas, muntah, cirit-birit. Sekiranya ibu kucing yang sedang mengandung dijangkiti VIRUS MAUT ini, atau anak-anak kucing yang berusia 2 minggu ke bawah, perkembangan otak fetus / anak kucing itu tadi akan terencat dan akhirnya mati.
2) FELINE VIRAL RHINOTRACHEITIS (FVR)
Penyebab utama penyakit sistem pernafasan pada kucing.
TANDA-TANDA JANGKITAN: Kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata)
3) FELINE CALICIVIRUS
Satu lagi penyebab utama penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain (seperti FVR) dan bakteria.
TANDA-TANDA JANGKITAN: Vesikal pada lidah, kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata).
4) CHLAMYDIA PSITTACI
Bakteria yang menyebabkan penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain. Chlamydia adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia! (menyebabkan demam dan radang mata)
TANDA-TANDA JANGKITAN: Radang mata, mata dan hidung berair.
5) FELINE LEUKIMIA (FeLV)
Antara virus yang paling bahaya kepada kucing. Penyakit ni disebabkan oleh virus yang menyebabkan kelemahan sistem imunisasi dan anema serius kepada kucing. 1/3 daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh VIRUS MAUT ini.
TANDA-TANDA JANGKITAN: Pucat, berat badan menurun, keguguran (jika kucing mengandung), masalah kulit, cirit-birit, kanser, dan akhirnya MAUT.
Sayangilah kucing kita. Vaksinkan mereka. Andai kata kucing hampa terkena penyakit-penyakit tersebut jika tidak divaksin, kos rawatan (jika berpeluang dirawat) adalah jauh lebih mahal berbanding kos untuk vaksinkan kucing.
Taiping: 05-8050302
Ipoh: 013-5201060
Atau boleh pm kami terus :