Apa Itu Grooming?
Hai semua pembaca yang comel-comel belaka! Haa, anda tahu tak apa itu ‘Grooming’? Pernah dengar tapi tak pasti ? Takpe, ni kami nak bagitahu lah ni.
Grooming maksudnya proses memandikan, membersihkan atau merapikan bulu-bulu kucing. Grooming pada kucing merupakan satu rutin normal yang dilakukan terutamanya pada kucing yang mempunyai bulu panjang. Grooming ni biasanya dalam 3 kali sebulan je. Bila anda mandikan kucing di rumah, haa itu juga namanya grooming tau! Cumanya, di Geli-Geli Kucing ni, kami menawarkan grooming yang lebih berkualiti dan pastinya meow anda akan lebih wangi, bersih dan bulu lebih cantik.
Ohh, si meow juga akan lebih sihat kerana dalam proses grooming ni, ada juga tau mandian untuk mematikan kutu dan merawat fungus. Dengan grooming, masalah rambut menggimbal dan hairball dapat dikurangkan, terutamanya pada kucing berbulu panjang. Tubuh badan kucing juga dapat diperiksa dengan lebih teliti oleh kami. Jadi, bolehla kita lihat dan rawat jika ada luka kerana bekas garuan, atau luka bergaduh, fungus atau kutu di badannya.
Kalau anda rasa si meow tu dah lama sangat tak mandi, hantarlah dia ke sini. Bila dah bersih dan wangi, mestilah si meow lebih happy! ^.~
“Eh, tapi Meow saya garang. Macam mana ye?”
Takpe, staff kami memang dah dilatih untuk handle meow yang garang dengan berhati-hati. Jangan risau ya.
Untuk berbincang, call atau whatsapp je team Geli Geli Kucing:
TAIPING => 05-8050302
IPOH => 013-5201060
atau ke Facebook kami: GELI GELI KUCING