Hematoma atau ‘telinga kobis’ adalah penggumpulan darah atau cecair pada cuping telinga yang terjadi akibat saluran darah di telinga pecah. Penyakit ini boleh menyerang semua jenis kucing tanpa mengira usia, baka dan sebagainya. Ini kebiasaannya terjadi disebabkan oleh jangkitan earmite (kutu telinga) yang membuatkan si bulus menggaru telinga sehingga luka dan bengkak pada kawasan telinga.
Kalau nak tahu tentang ‘earmite’ kawan-kawan boleh baca di link post kami ni ya..
https://web.facebook.com/geligelikucingkualakangsar/posts/2546004925478836/
Antara faktor-faktor lain Hematoma terjadi adalah:
- Menggeleng kepala dengan agresif
- Kucing menggaru telinga (e) atau alahan
- Gangguan darah beku
- Luka dari dalam (akibat pergaduhan)
- Gangguan imun
Jadi dinasihatkan buat semua catparents kalau ternampak berlaku keadaan yang seperti ini, segera bawa si bulus kesayangan ke klinik veterinar berdekatan okay?
Rawatan bagi Hematoma @ ‘Telinga Kobis’
- Veterinar akan memecahkan gelembung serta keluarkan cecair yang terkumpul di dalamnya. Antibiotik dan ubat bengkak akan diberikan bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
- Akan tetapi, wujudnya sesetengah kes pada keadaan tertentu yang mana pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memudahkan proses pengeluaran cecair tersebut.
Kesan Jangka Masa Panjang
- Hematoma boleh menyebabkan telinga kucing menjadi bengkak dalam kadar yang sederhana. Namun, sekiranya lambat diberi rawatan, ianya akan menyebabkan kecacatan yang kekal.
- Kecacatan kekal telinga seumur hidup akibat daripada Hematoma dikenali sebagai Telinga Kobis atau Cauliflower Ear
Langkah Pencegahan Hematoma @ ‘Telinga Kobis’
- Pastikan si bulus anda memakai Elizabeth Collar (E-Collar) selepas rawatan untuk elakkan kucing dari terus menggaru di kawasan yang dirawat. Gunakan ubat telinga sekiranya kucing anda dijangkiti Earmites.
Selamat membaca! Sayonara Meowrangers~
Geli Geli Kucing
“Where Cat’s Are Family”