Jangan Simpan Produk Kucing Ini Lama-Lama!!!

JANGAN SIMPAN LAMA – LAMA
PRODUK KUCING YANG PERLU SELALU DITUKAR

?Membiarkan produk lama yang sepatutnya ditukar akan mengundang padah kepada kucing ? Bakteria yang terkumpul setelah sekian lama akibat kekerapan penggunaan akan merampas keceriaan kucing anda ?

? Berikut kami senaraikan beberapa produk yang perlu ditukar mengikut keperluan:

1. Mangkuk & Bekas Plastik ?

?Jangan terkejut jika kucing juga terdedah dengan masalah jerawat. Puncanya adalah daripada penggunaan bekas plastik ! Plastik yang terlalu lama digunakan akan mempunyai kesan calar yang mula mengumpul bakteria ? Akhirnya kucing akan terdedah dengan masalah kulit seperti jerawat dan gatal-gatal.  Bertukarlah ke mangkuk ceramic atau stainless steel yang lebih selamat digunakan dan mengurangkan risiko di atas.

2. Pemotong Kuku Kucing ?

?Menggunakan pemotong kuku yang tumpul akan menjadikan kuku kucing pecah atau berserpih Mereka juga seperti kita yang akan merasa tidak selesa apabila kuku dipotong dengan tidak sempurna ? Jadi jangan salahkan mereka jika sofa dan karpet anda menjadi mangsa cakaran.

3. Permainan Kucing Yang Sudah Rosak

Biarpun hendak berjimat, janganlah sampai mendedahkan kucing kepada kecederaan Kebiasaannya, permainan kucing dibuat dari benang atau tali kasar. Jadi, semakin lama tali tersebut akan melonggar. Selepas ini anda boleh mendapatkan permainan yang lebih kukuh dan tahan lama

4. Ubat Yang Sudah Expired

Jangan sekali-kali memberikan ubat yang sudah expired melainkan mendapat kebenaran veterinar Periksa tarikh luput pada botol atau pek ubat anda, dan dapatkan nasihat veterinar jika anda rasakan ubat tersebut masih boleh digunakan lagi.

5. Bekas Pasir Yang Sudah Lama

Seperti juga bekas makanan plastik anda, bekas pasir yang selalunya diperbuat dari plastik adalah lebih mudah terdedah dengan bakteria. Oleh itu, bakteria akan mudah terkumpul

6. Katil atau Bekas Tidur Kucing ?

Jika kucing anda sudah menggunakannya lebih dari setahun, dah tiba masanya anda menukar bedding mereka dengan bedding yang baru. Jika dilihat di bawah mikroskop, anda pasti terkejut bila mendapati selama ini kucing anda sedang bergelumang dengan pelbagai kotoran dan debu, tungau, bakteria dan parasit atau mungkin juga kutu mula membuat sarang di situ ?

Selepas ini, anda bolehlah mendapatkan bedding yang boleh dibuka sarungnya untuk dicuci sekerap mungkin. Atau lapikkan bedding kucing anda dengan kain lain supaya kain tersebut boleh dibasuh

7. Peralatan Grooming

Peralatan grooming yang diperbuat dari stainless steel perlu dicuci kerap dengan sabun dan air suam. Tetapi peralatan seperti sikat perlu diganti jika bulunya (bristle) sudah mulai tanggal.

8. Makanan Yang Telah Expired

Walaupun makanan tersebut tidak mempunyai kulat dan nampak seperti masih elok, jangan berikan kepada kucing anda ! ? Makanan yang sudah tamat tempoh, nutrientnya akan berkurangan. Paling teruk sekali, kucing anda bakal terdedah risiko keracunan makanan ?
.
Ingat ye meowrangers, jangan simpan produk-produk di atas ni lama-lama tauuu. Kesihatan dan keselesaan si Meow perlu dijaga sebaik mungkin Jika ada sebarang kemusykilan mengenai si bulus anda, boleh hubungi kami ye. Kami sedia membantu

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *