Penyakit Heartworm pada kucing adalah suatu keadaan di mana wujudnya parasit pada badan kucing. Yang lebih menakutkan, penyakit ini berupaya untuk menyebabkan berlakukanya kegagalan untuk berfungsi pada beberapa organ dalaman seperti paru- paru serta hati dan juga boleh menyebabkan berlakunya keradangan.
Kucing yang mempunyai imunisasi badan yang kuat dapat membina antibodi untuk melawan Heartworm daripada terus merosakkan organ dalaman tanpa bantuan ubat daripada doktor veterinar. Namun, terdapat beberapa kajian yang mengatakan kucing lebih terdedah dan mudah dijangkiti penyakit ini berbanding dengan anjing.
Bagaimana kucing terdedah kepada penyakit Heartworm?
- Heartworm adalah sejenis cacing yang menggunakan organ dalaman kucing sebagai tempat tinggal serta sumber makanan mereka. Cacing jenis ini disebarkan melalui gigitan nyamuk yang membawa larva cacing. Larva cacing tersebut akan masuk melalui lapisan kulit dan tisu serta seterusnya ke paru paru yang menjadi sasaran utama parasit ini.
- Larva parasit ini akan membiak di dalam organ kucing dan hanya mengambil masa 8 bulan untuk menghancurkan organ dalaman si bulus anda. Sehingga ke setakat ini, tiada sebarang rawatan yang telah ditemui untuk merawat penyakit ini. Namun, terdapat beberapa simptom penting yang akan muncul yang mana memerlukan untuk segera mengambil tindakan.
Simptom Simptom Penyakit Heartworm
- Batuk
- Penurunan berat badan secara mendadak
- Muntah
- Keletihan
- Pengsan
- Kurang selera makan
- Kesukaran bernafas
- Mati mengejut
- Tidak dapat mengawal pergerakan
- Pernafasan tidak normal
- Buta
Pada peringkat awal diserang penyakit ini, kucing akan mula menunjukkan tanda tanda seperti asma atau bronkitis.
Secara asasnya, pemeriksaan fizikal sahaja tidak mencukupi untuk mengesan penyakit ini, namun ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengesanan awal. Terdapat juga beberapa cara untuk mengesan penyakit ini seperti melalui Xray dan Echocardiography yang berguna untuk mengesan jangkitan dalam arteri pulmonari.
Beberapa ubatan sebagai langkah pencegahan dapat di ambil oleh pemilik kucing akan tetapi ianya melibatkan kos yang agak tinggi:
- Cat Heartgard chewables
- Interceptor
- Advantage Multi
- Revolution (Mampu milik)
Lanjutan daripada perkongsian kali ini, dapat disimpulkan bahawa catparents perlu sentiasa peka dan mengambil tindakan segera untuk memastikan si bulus anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Jika terdapat sebarang permasalahan atau perkara tidak normal yang berlaku pada kucing anda, segeralah bawa mereka berjumpa dengan doktor veterinar yang bertauliah.
Selain itu, pastikan juga tempat si bulus sentiasa berada dalam keadaan bersih dan terkawal supaya tidak menjadi habitat bagi binatang yang lain seperti nyamuk. Sesungguhnya mencegah itu lebih daripada merawat.
Jumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang!
Geli Geli Kucing
“Where Cat’s Are Family”