Jangkitan Parasit Kucing kepada Ibu Mengandung

Pernah dengar tak orang-orang tua berpesan kepada ibu mengandung supaya menjauhi kucing?

Jangkitan parasit kucing kepada ibu mengandung bukanlah sekadar pantang larang kolot. Hal ini sebenarnya berkait rapat dengan sejenis parasit yang dikenali sebagai ‘toxoplasma gondii’ yang boleh dijumpai dalam najis kucing dan di tanah. Selain itu, parasit ini juga boleh berjangkit kepada ibu mengandung sekiranya anda memakan daging mentah atau separuh masak, dan daripada konsumasi makanan yang tercemar.

Antara simptom jangkitan ‘toxoplasmosis’:-
▪️ Demam serta selesema biasa
▪️ Kelenjar limfa membengkak
▪️ Sakit otot/ sendi, dan kekejangan

Bagi ibu mengandung, ia boleh menjangkiti bayi di dalam rahim sehingga menyebabkan kerosakan otak dan organ, serta keguguran.

Jadi, pantang larang tersebut bukanlah mitos yang direka semata-mata untuk menakut-nakutkan ibu mengandung.

Namun begitu, terdapat kekeliruan kepada hal ini sehingga ramai yang bertindak untuk membuang kucing peliharaan mereka bagi mengelak daripada dijangkiti parasit ini.

Jom kita ketahui selanjutnya…

APAKAH CARA UNTUK MENGELAK JANGKITAN PARASIT TOXOPLASMA DARIPADA KUCING?

Sebenarnya, mengikut saranan doktor, ibu mengandung cuma perlu mengehadkan masa bersama kucing dan mengambil langkah berhati-hati terutama sekali apabila menguruskan ‘litter box’ si manja.

☑️ Memakai sarung tangan ketika menguruskan najis kucing

☑️ Meminta ahli keluarga lain untuk menguruskan najis kucing

☑️ Sentiasa sanitasi tangan dan kediaman persekitaran di rumah

☑️ Pastikan bekas pasir kucing sentiasa ditukar dan dibersihkan dengan kerap

☑️ Elakkan memberi makanan mentah / tidak direbus kepada kucing

☑️ Pelihara kucing secara indoor dan elak daripada membiarkan kucing bermain di luar

Kesimpulannya, kucing boleh dibela ibu mengandung — asalkan kita peka dengan kebersihan!

Ibu mengandung boleh menikmati momen kehamilan bersama si manja

EH TAPI TAKUT PULA! ADA RAWATAN TAK?

Jangan risau, bagi ibu mengandung yang disyaki menghidapi jangkitan ‘toxoplasmosis’, anda akan diberikan ubat khusus dan rawatan susulan di hospital atau klinik berdekatan untuk mengurangkan risiko parasit tersebut kepada anda dan juga bayi di dalam kandungan.

Baca ulasan selanjutnya tentang jangkitan parasit kucing ini kepada ibu mengandung daripada Dr Imelda Balchin di link di bawah.

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/07/13/jangan-bela-kucing-ketika-hamil-betul-ke-sampai-tahap-boleh-gugur-kandungan–minta-orang-lain-tolong-buang-najis

GELI GELI KUCING
Where Cats are Family

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top