Kebaikan perkhidmatan “boarding” atau “pet’s hotel”

pets-hotel

Jika anda perlu ke luar kawasan atas urusan pekerjaan atau keluar bercuti bersama keluarga, anda masih berkira-kira untuk mempertimbangkan sama ada anda perlu membawa haiwan peliharaan anda bersama atau ditinggalkan di rumah sahaja.  Tetapi, jika keputusan yang anda ambil menyebabkan anda menjadi sangat risau, maka anda mempunyai pilihan alternative dengan meninggalkan haiwan peliharaan anda di bawah penjagaan mereka yang menyediakan perkhidmatan penjagaan haiwan sementara atau dikenali sebagai pet’s hotel atau perkhidmatan “boarding” yang boleh didapati di kebanyakan kedai-kedai haiwan peliharaan atau klinik veterinar.

Ramai yang tidak menyedari kewujudan perkhidmatan “boarding” atau “pet’s hotel” ini yang kian popular khasnya di Negara kita Malaysia. Klinik-klinik veterinar juga menyediakan perkhidmatan ini selain wad-wad khas untuk haiwan mendapatkan rawatan malah semakin banyak kedai haiwan peliharaan juga menyediakan perkhidmatan ini.

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang boleh didapati daripada perkhidmatan seumpama ini:

1) Berada di bawah pemerhatian dari pihak professional

Jika berlaku kecemasan atau kemalangan, pihak yang bertanggungjawap akan mengambil langkah pantas untuk memberikan rawatan terbaik. Bayangkan jika haiwan peliharaan anda keseorangan di rumah dan berlaku kecemasan, kelewatan mengambil tindakan mungkin boleh menyebabkan kematian.

2) Keselamatan

Fikiran anda tidak akan terbeban dengan fikiran negative yang sentiasa bermain di minda sekiranya anda meninggalkan haiwan anda keseorangan di rumah oleh kerana  keselamatan  yang terjamin di bawah jagaan pihak yang bertanggungjawap. Terdapat banyak kes kecurian atau kehilangan haiwan peliharaan ketika mereka bersendirian di rumah berkemungkinan dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawap atau haiwan tersebut melarikan diri mungkin bagi mencari sumber makanan dan seterusnya menghilangkan diri.

pets hotel 2

3)Penjagaan pemakanan dan kebersihan

Pihak yang menguruskan haiwan anda akan mengambil alih tugas anda untuk memberi  makanan mengikut jadual yang ditetapkan dan memastikan pembersihan najis dilakukan setiap hari. Oleh itu kediaman anda akan terselamat dari dikotorkan oleh haiwan anda dan haiwan anda sudah tentu sentiasa berada dalam keadaan  selesa.

4)Tiada “trauma perjalanan”

Tidak semua haiwan peliharaan suka untuk berada di dalam kenderaan berjam-jam lamanya. Ia boleh menyebabkan haiwan tersebut trauma dan murung untuk beberapa hari selepas perjalanan sebelum pulih seperti sedia kala. Pemilik haiwan juga dapat mengelakkan dari berasa tidak selesa ketika di dalam perjalanan bersama haiwan peliharaan.

5)Tidak perlu susahkan jiran lagi

Anda tidak perlu lagi meminta simpati atau pertolongan dari jiran untuk menjaga haiwan anda ketika ketiadaan anda di rumah. Kadangkala terdapat jiran atau saudara yang berada dalam keadaan terpaksa ketika menerima tugasan dari anda hanya untuk menjaga hati anda semata-mata. Mungkin juga disebabkan hal sekecil anda menyebabkan anda bergaduh sesama jiran tetangga.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top