Kelebihan Grooming

KELEBIHAN MANDI DAN MENDANDANKAN KUCING

Geli Geli Kucing – Taiping·Friday, March 3, 2017

1) DAPAT MEMANTAU TAHAP KESIHATAN KUCING

Memandikan kucing dapat membantu anda memantau tahap kesihatan anggota tubuh kucing seperti telinga, mata, bulu dan kulitnya. Telinga kucing harus dipantau dengan kerap. Bersihkan telinga kucing dengan menggunakan gel khas yang dapat mematikan sebarang kuman dan hama di dalam telinga kucing. Jika terdapat tanda-tanda seperti berlaku kebengkakkan dan berbau busuk, sila bawa kucing anda berjumpa vet. Mata kucing pula haruslah bebas daripada tanda-tanda iritasi dan infeksi. Selain itu, anda juga boleh memantau keadaan kulit kucing anda sewaktu memandikan mereka. Jika terdapat kesan-kesan kegatalan yang disebabkan oleh fungus atau kurap, bawalah kucing anda berjumpa vet.

2) DAPAT MENGELAKKAN GUMPALAN BULU

Kucing yang mempunyai bulu yang pendek hanya perlu disikat sekali atau dua kali setiap minggu. Bagi kucing yang memiliki bulu yang panjang dan lebat, perhatian yang lebih haruslah diberikan kerana bulu jenis ini mudah bergumpal justeru memberi rasa sakit kepada kucing. Sikat bulu kucing anda setiap hari dan jika ada gumpalan bulu, gunting gumpalan tersebut tanpa mencederakan kulit kucing. Bulu kucing yang berada dalam keadaan baik akan bebas daripada kemurungan.

3) DAPAT MERAPATKAN HUBUNGAN DI ANTARA KUCING DAN TUANNYA

Luangkan sedikit masa untuk memandikan kucing anda. Dengan cara tersebut, ikatan antara tuan dan kucing dapat dieratkan. Gunakan nada suara yang lembut sewaktu memandikan kucing untuk menenangkan ia. Berus badan kucing anda secara perlahan-lahan agar tidak menyakitannya. Cara ini dapat meningkatkan kepercayaan kucing terhadap tuannya. Berbual dengan kucing sepanjang proses memandikan juga dapat membantu menenangkan kucing anda. Jika anda tiada masa atau kucing susah untuk diuruskan, datang bawa ke Geli Geli Kucing samada di Cawangan Taiping/Kamunting atau Ipoh.

4) DAPAT MEMANTAU KEHADIRAN PARASIT SEPERTI KUTU DAN PEPIJAT

Kutu kucing akan mudah dilihat ketika bulu kucing dalam keadaan basah. Ini kerana, bulu yang basah akan menyukarkan kutu tersebut untuk menyembunyikan diri. Anda akan mengetahui sama ada kucing anda mempunyai kutu atau tidak dengan cara ini. Lagi satu cara untuk mengetahui kehadiran kutu pada badan kucing adalah dengan memantau kehadiran biji-biji hitam di celahan bulu kucing, di mana dipercayai biji-biji hitam itu adalah tahi kutu. Kehadiran parasit seperti kutu ini janganlah dipandang remeh. Ini kerana, parasit boleh menjadi vektor yang bertindak sebagai agen yang membawa penyakit merbahaya kepada kucing anda. Kucing yang mempunyai terlalu banyak kutu boleh mengalami kemurungan, penurunan berat badan dan kematian.

5) LAGI KERAP MENYIKAT BULU KUCING, LAGI BERKURANG BULU YANG DITELAN

Lidah kucing yang bersifat tajam menyebabkan bulu melekat padanya justeru mendorong kucing untuk menelan bulu-bulu tersebut. Sisa bulu yang ditelan oleh kucing akan berkumpul dan membentuk gumpalan. Gumpalan yang berada di dalam perut kucing haruslah dikeluarkan bagi mengelakkan masalah pengahadaman berlaku. Kucing mengeluarkan gumpalan bulu tersebut dengan cara memuntahkannya. Namun begitu, jika kucing memiliki bulu yang panjang dan lebat, agak sukar baginya untuk memuntahkan kesemua bulu-bulu yang terkumpul di dalam perutnya. Jadi, dengan menyikat bulu kucing anda dengan kerap, maka berkuranglah bulu yang bakal ditelan oleh kucing anda kerana lebihan bulu tersebut akan melekat pada sikat yang anda gunakan. Digalakkan menggunakan sikat yang boleh memerangkap bulu kucing anda.

6) DAPAT MENGHASILKAN BULU YANG CANTIK DAN BERSINAR

Bulu kucing yang sering disikat rapi akan menghasilkan minyak semulajadi dari badan kucing yang dapat mengekalkan kesihatan bulu dan kulit kucing. Selain itu, penggunaan syampu yang bersesuaian juga boleh membantu menghasilkan bulu yang bersinar dan kulit yang sihat.

Jika ada sebarang pertanyaan, call atau whatsapp je team Geli Geli Kucing:

TAIPING => 05-8050302

IPOH => 013-5201060

atau ke Facebook kami: GELI GELI KUCING

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top