Kenapa Kena Vaksin Kucing??

Kenapa Kena Vaksin Kucing ?? ??

? Kepentingan vaksin adalah untuk merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria.

? Bahayanya tak vaksinkan kucing ini adalah, si bulus boleh terkena penyakit yang membawa pada kematian dan boleh berjangkit pada si bulus lain.

Penyakit mudah berjangkit yang boleh dielakkan dengan VAKSINASI :

1) FELINE PANLEUKOPENIA (FPL)

Penyakit ini disebabkan oleh virus yang mudah berjangkit dan boleh membawa maut terutamanya bagi anak kucing ?

TANDA JANGKITAN: Demam panas, muntah, cirit-birit. Sekiranya ibu kucing yang sedang mengandung dijangkiti VIRUS MAUT ini, atau anak-anak kucing yang berusia 2 minggu ke bawah, perkembangan otak fetus/anak kucing itu tadi akan terencat dan akhirnya mati

2) FELINE VIRAL RHINOTRACHEITIS (FVR)

Penyebab utama penyakit sistem pernafasan pada kucing.

TANDA JANGKITAN: Kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata)

3) FELINE CALICIVIRUS

Satu lagi penyebab utama penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain (seperti FVR) dan bakteria.

TANDA JANGKITAN: Vesikal pada lidah, kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata).

4) CHLAMYDIA PSITTACI

Bakteria yang menyebabkan penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain. Chlamydia adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia! (menyebabkan demam dan radang mata)

TANDA JANGKITAN: Radang mata, mata dan hidung berair.

5) FELINE LEUKIMIA (FeLV)

Antara virus yang paling bahaya kepada kucing Penyakit ni disebabkan oleh virus yang menyebabkan kelemahan sistem imunisasi dan anema serius kepada kucing. 1/3 daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh VIRUS MAUT ini ?

TANDA JANGKITAN: Pucat, berat badan menurun, keguguran (jika kucing mengandung), masalah kulit, cirit-birit, kanser, dan akhirnya MAUT ?

? Sayangilah kucing kita. Vaksinkan mereka. Andai kata kucing hampa terkena penyakit-penyakit tersebut jika tidak divaksin, kos rawatan (jika berpeluang dirawat) adalah jauh lebih mahal berbanding kos untuk vaksinkan kucing.

Boleh rujuk link di bawah untuk ketahui tips vaksinkan kucing.

http://www.geligelikucing.com/blog/blog/tips-vaksin-kucing/

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami terus ya. InshaAllah kami boleh bantu.

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *