Pernah tengok si bulus yang gemar bermain dalam kotak? Haaa macam pelik je bunyinya kan?
Tapi sebenarnya ianya normal tau.. dan kebanyakkan si bulus memang mempunyai tabiat macam ni.. seperti yang kita sedia maklum.. kucing kan memang makhluk yang unik? ^^
Tapi mestilah kadang kadang rasa pelik dan tertanya tanya kan.. kenapalah nak main dalam kotak sedangkan ada mainan lain lagi?
Ok jom scroll ke bawah, meh kita bongkarkan rahsia kenapa si bulus ni berminat sangat dengan kotak agaknya ya..
.
.
.

Jawapannya adalah….Kotak 📦 merupakan tempat yang paling selasa buat si bulus untuk menghabiskan waktu terluang mereka. Si bulus bahkan tak ambil kisah tentang saiz kotak tersebut. Baik besar mahupun kecil, tetap dijadikan mainan dan tempat persembunyian..
KEISTIMEWAAN KOTAK BAGI SI BULUS
- BERI PERLINDUNGAN
🧚♀️ Kotak dapat memberikan perlindungan kepada kucing daripada tekanan. Menurut kajian yang telah dijalankan di Universiti Utrecht di Belanda, kucing yang menikmati waktu tidur mereka di dalam kotak mempunyai tahap tekanan yang lebih rendah berbanding kucing yang tidak melakukan perkara tersebut.
🧚♀️ Sibulus akan merasakan yang diri mereka lebih selamat sewaktu berada di dalam kotak. Mereka juga dapat berlindung daripada pemangsa sekiranya mereka telah diekori dengan bersembunyi di dalamnya.
- PEMANAS BADAN
🧚♀️ Kucing boleh tidur selama 18 hingga 20 jam sehari. Oleh yang demikian, Si bulus memerlukan tempat persembunyian yang akan membantu mereka untuk bertahan jika diundang bahaya ⛔️
🧚♀️ Kotak juga dapat mengekalkan tahap haba pada suhu badan kucing. Kebiasaannya, kotak kadbod diperbuat daripada pelbagai lapisan kad bagi mengekalkan kekerasan dan kekuatan kotak 📦 tersebut, sekaligus menjadikan ia penebat yang baik bagi melindungi kucing daripada kesejukan 😸
Nota Kaki :
Elakkan daripada membiarkan si bulus anda menghabiskan masa di dalam kotak pasir (litter box) kerana boleh mengundang parasit seperti cacing, bakteria dan sebagainya yang berpunca dari sisa pembuangan najisnya.
Sekiranya si bulus kelihatan suka bermain dengan kotak, sebaiknya sediakan satu kotak yang kosong dan bersih untuk mereka. Kebersihan si bulus kan keutamaan catparents.. tak gitu?
P/s : Semoga posting kali ini membantu catparents keluar dari kebingungan heeee.
Geli Geli Kucing
“Where Cat’s Are Family”