Kenapa Kucing Suka Gigit??

Kucing suka sangat menggigit ??

Anak kucing yang sedang membesar dan sentiasa aktif kadangkala suka mengigit orang, termasuklah tuannya sendiri Dan biasanya, hidung kita yang menjadi sasaran utama bagi si anak kucing untuk mengigit ?

Tapi kenapa kucing suka menggigit

Berikut ini ada beberapa alasan mengapa kucing melancarkan serangan gigitan kepada manusia :

1) Jika kesihatan si bulus sebenarnya kurang baik, dia mungkin akan menggigit tangan tuannya untuk memberitahu rasa tidak selesa yang dihadapinya waktu itu

2) Anak kucing yang tidak ada kawan untuk bermain, biasanya akan menjadikan anda sebagai teman bermainnya ? Jadi, jangan hairan jika anak kucing akan mencakar atau mengigit bahagian tubuh anda yang paling mudah dijangkaunya ?

3) Kadangkala anak kucing menggigit kerana dia merasa takut, terlalu bersemangat atau kerana gugup ? Jadi, dengan biarkan dia tenang untuk sementara waktu mungkin cara terbaik untuk mengubah perangainya

Masalahnya ialah, anak kucing yang suka mengigit akan meneruskan perlakuan ini sehingga dewasa kelak. Jadi, anda perlu menghilangkan kebiasaan menggigit sejak dia masih kecil Tetapi bukan dengan cara memukul Memukul kucing bukanlah cara terbaik untuk mengubah perilaku suka menggigit tersebut

Cara terbaik untuk mengatasi masalah suka menggigit ini adalah dengan alihkan tenaga dan perhatian si bulus kepada aktiviti lain ? Anda boleh berikan mainan yang akan mengalihkan perangai menggigitnya itu ke arah perlakuan yang suka bermain-main Lama kelamaan perangai suka menggigit akan hilang begitu sahaja ?

p/s: Tapi kami suka ja kalau kucing gigit manja. Meow Rangers yang lain pun mesti macam tu juga kan?

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *