Kenapa Kucing Suka Memanjat?

Kenapa kucing suka memanjat? Pernah tak terfikir? Ataupun pernah berdepan dengan situasi anak bulus memanjat tapi tak pandai turun? ahaha ada kan yang macamni?

Ada yang lebih parah, memanjat smabil merosakkan barangan rumah kan? ahaha bertabahlah ye catparents.. Tapi jangan risau, setaip permasalahan kan mesti ada jalan keluarnya? Hee.. jom scroll ke bawah dan baca apa yang perlu dibuat untuk atasi permasalahan ini..

kenapa kucing suka memanjat

Kenapa kucing suka memanjat?

Senaman

  • Tindakan memanjat dan melompat dari satu tempat ke satu tempat yang lain adalah latihan yang hebat.
  • Bermain dengan kucing di atas permukaan yang rata terkadang membosankan bagi si bulus. Hal ini kerana, si bulus adalah makhluk yang aktif. Jika anda menambah kotak kadbod sekaligus akan meningkatkan kualiti permainan kucing dengan ketara.

Keyakinan

  • Tidak semua kucing dilahirkan dengan daya keyakinan yang tinggi
  • Kucing yang kurang berkeyakinan atau penakut memerlukan ruang dan tempat yang lebih tinggi untuk mereka duduk dan memerhati kawasan sekeliling mereka dengan lebih luas.

Keamanan

  • Jika anda mempunyai lebih daripada seekor kucing, dan kucing kucing anda sentiasa bergaduh dan membenci antara satu sama lain.. anda perlu sediakan rak kucing yang boleh dipasang pada bahagian dinding dengan ketinggian yang sesuai untuk mereka capai.
  • Dengan cara itu, kucing kucing anda tidak akan bergaduh dan mempunyai masa untuk diri mereka sendiri tanpa perlu risau akan ancaman yang lain.

Pandangan jauh

  • Ketinggian membolehkan kucing anda menjadi pemerhati bebas, ia juga dapat memberi pandangan luaran rumah yang bagus.

Apa penyelesaian kepada permasalahan ini?

Senang jer.. sediakan “cat tree” sebagai salah satu tempat untuk si bulus anda bermain. Di mana nak dapatkan “cat tree” ni? Mestilah di Geli Geli Kucing : https://www.facebook.com/geligelikucing

Haa dah jelas kan kenapa anak bulus suka sangat memanjat? Sekarang dah tahu punca, baru la boleh laksanakan langkah penyelesaian kan?

Diharap catparents jangan terlampau mengongkong pergerakan anak bulus. Hal ini demikian kerana, seperti manusia.. mereka juga sukakan kebebasan.. biarkan mereka bergerak bebas ok? sekiranya takut harta benda cat parents rosak, sila beli “cat tree” seperti yang disarankan… ataupun biarkan anak bulus bermain dan memanjat di kawasan luar rumah sahaja..

Selamat mempraktikan yang terbaik untuk si bulus!

Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *