Kenapa Kucing Tak Nak Makan?

KENAPA KUCING TAK NAK MAKAN??


Tentunya masalah kucing yang tidak mahu makan secara tiba-tiba atau tiada nafsu makan boleh membuat kita sebagai pemilik kucing bimbang ? Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan kucing tidak mahu makan?

1. PENYAKIT MULUT PADA KUCING

?Berpunca kerana sakit gigi, gusi bengkak, gusi berdarah atau terdapat luka pada gusi dan rongga mulut bahagian dalam ? Dalam kes ini, bawa kucing ke klinik haiwan dengan kadar segera

2. MASALAH PADA PENCERNAAN KUCING

?Terdapat benda asing di perut atau usus kucing yang boleh menyebabkan kesakitan dan tersumbat.
?Parasit seperti cacing dan protozoa
?Radang akut atau kronik pada membran yang melepasi usus besar.
?Pankreatitis (keradangan atau jangkitan pankreas).

3 LANGKAH MUDAH UNTUK MENGATASINYA

1. CUBA TUKAR MAKANAN KUCING

?Campur sedikit wet food pada makanan kering bagi memikat selera kucing anda semula. Anda juga boleh mengganti makanan kering dengan produk jenama lain

2. MEMANCING NAFSU MAKAN KUCING

?Halakan bau makanan ke hidungnya atau masukkan sedikit makanan ke dalam mulutnya bagi memancing semula selera makan si bulus anda

3. MENYUAP MAKANAN

?Gunakan sudu kecil, atau syringe. Suap kucing dengan berhati-hati: Pegang kepalanya, masukkan hujung sudu yang mengandungi makanan atau cecair. Jangan sumbat terus ke dalam mulut kucing. Biar kucing makan sedikit demi sedikit.

Jika kucing anda mengalami masalah ini, dan masih tidak mahu makan selama beberapa hari, bawa ke klinik dengan kadar segera ye

Anda juga boleh tanya kami untuk tahu jenis makanan apa yang sesuai bagi kucing anda. Makanan bewarna memang tak elok tau sebab kandungan garamnya yang tinggi

Taiping:     05-8050302

Ipoh:          013-5201060

Atau boleh pm kami terus :

https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top