VAKSINASI KUCING ???
Ada sesetengah orang mengatakan, “Saya pun bela kucing jugak, tapi takde pun sampai nak bawak kucing dan habiskan duit ke klinik untuk suntik vaksin. Kucing saya okay je.”
Persoalannya, jika benar, adakah anda pasti kucing anda betul – betul okay? Betul – betul sihat? Bagaimana pula dengan jangka hayat kucing tu?
VAKSIN bertujuan untuk memberikan antibodi kepada kucing yang disuntik ? Antibodi tersebut yang akan memberi perlindungan kesihatan kepada kucing supaya terhindar dari penyakit ? Bukanlah bermaksud setelah divaksin, kucing tersebut tidak akan terdedah kepada penyakit langsung. Cuma risiko dijangkiti penyakit yang membawa maut tiada ♡
Kucing yang berumur 8 minggu (2 bulan) sudah boleh diberi suntikan vaksin ?
Ini kerana antibodi yang diterima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh diberikan suntikan vaksin ❎ Sebab badan mereka tidak semuanya 100% normal dan kuat. Jadi, pastikan dahulu dengan vet sama ada kucing tersebut cukup sihat untuk divaksinkan dan berat mencapai 900gram ke atas ?
Jadual Vaksinasi Kucing:
⚠ Umur 8-9 minggu
Pemeriksaan umum
Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Pemberian ubat cacing
Umur 12-14 minggu
Pemeriksaan umum
Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Umur 20 minggu
Pemeriksaan umum
Vaksinasi Rabies
Selepas itu bolehlah bawa si bulus hanya setahun sekali untuk mendapat suntikan vaksin Vaksin perlu diulang kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat Bagi kucing yang tidak pernah mendapat suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies ?
? Penyakit Maut Yang Selalu Menyerang Kucing?
Feline Panleucopenia(Distemper kucing)
➡ Rhinotracheitis dan Calicivirus
Chlamydia
➡ Feline Leukemia
Rabies
⚠ Kos vaksinasi bergantung kepada klinik atau vet yang dikunjungi. Harga standard untuk lakukan suntikan vaksin (vet swasta) bermula dari RM30 untuk seekor kucing dan yang termahal adalah kurang RM60 seekor ? Hmm.. Apa salahnya berbelanja sedikit wang ? untuk kesihatan kucing kesayangan kita, kan?
? Diedit/dikongsikan semula dari BlogCitarasaKucing
Kalau ada sebarang soalan mengenai vaksin, boleh hubungi Geli Geli Kucing di talian berikut.
Taiping: 05-8050302
Ipoh: 013-5201060
Atau boleh pm kami terus :
https://www.facebook.com/messages/t/110242749146056