Kucing Anda Suka Makan Coklat?

Kucing anda suka makan coklat? atau apa apa makanan yang berunsurkan coklat? Jika ya…

Sila hentikan tabiat ini! Sistem penghadaman kucing TAK SAMA dengan manusia tau ??‍♀️

Tapi kenapa? Apa perkaitan coklat dengan sistem penghadaman ni? Macam mana boleh jadi bahaya?

Ahaaa sabar sabar.. kita faham kasih sayang catparents terhadap anak anak bulus ni memang tiada tolak bandingnya.. kan? Kalau boleh, apa yang catparents makan.. itulah juga yang wajib dimakan oleh anak anak bulus kesayangan…

Alahai.. sayang perlu berpada pada ya? Macam mana kita mendidik manusia, macamtu la juga kita kena didik anak bulus..

Mungkin ada yang tak tahu atau tak faham apalah bahaya sangat coklat ni kan? Sedangkan kita dah makan bertahun tahun elok je sihat walafiat… Jadi, jom fahamkan bahaya coklat terhadap sistem penghadaman si bulus

Makanan atau minuman yang berunsurkan coklat mengandungi dua kandungan yang merbahaya iaitu Stimulan kaffien dan Theobromine.


Coklat boleh menyebabkan keracunan

Theobromine yang terkumpul lama di dalam badan kucing boleh menyebabkan si bulus mengalami kegagalan hati (liver failure), sawan dan kekejangan otot yang akhirnya boleh membawa kepada kematian. Selain itu, coklat juga boleh menyebabkan si bulus mendapat keracunan.

Macam mana nak tahu Si Bulus terkena keracunan atau sekadar sakit biasa? Ok jom baca di bawah..


Simptom keracunan :

  • Muntah-muntah (berwarna coklat)
  • Cirit-birit
  • Gelisah tak tentu arah
  • Kerap membuang air kecil.


Okay sekarang dah nampak kan di mana bahayanya coklat ni? Boleh dah pelan pelan elakkan kucing makan coklat ya.. demi kebaikan bersama kan? Kadangkala kucing makan coklat bukan kerana mereka sukakannya, tetapi lebih kepada rasa ingin mencuba.

Untuk info tambahan, mari kita lihat perkongsian daripada Public Health Malaysia tentang makanan lain yang tidak sesuai diberikan kepada si bulus kesayangan anda. Bukan coklat je tau yang bahaya untuk si bulus anda. Jom sama-sama kita tambah ilmu pengetahuan!

https://web.facebook.com/geligelikucing/posts/1787401794763468

Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top