Kucing Cerewet Makan?

Sama seperti manusia, kucing pun ada yang sangat cerewet sampai nak bagi makan pun boleh jadi masalah. Pening mommy daddy tau! Kalau anda mempunyai kucing yang cerewet, ini merupakan tips yang anda perlu tahu ☝🏻❀️

  • π—£π—œπ—Ÿπ—œπ—› π—•π—˜π—žπ—”π—¦ π— π—”π—žπ—”π—‘π—”π—‘ π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—˜π—¦π—¨π—”π—œ

πŸ› Elakkan bekas yang kecil dan sempit. Kucing sangat sensitif dan tidak suka jika misainya tersentuh sisi mangkuk ketika makan. 

πŸ› Material yang sesuai. Pilih bekas clay atau stainless steel. Bau bekas plastik agak kurang digemari oleh si manja yg cerewet.

πŸ› Pastikan bekas makanan sentiasa bersih dan jarakkan bekas makanan dengan toilet mereka.

  • π—§π—¨π—žπ—”π—₯ π——π—œπ—˜π—§ π—£π—˜π— π—”π—žπ—”π—‘π—”π—‘ π—¦π—œ 𝗠𝗔𝗑𝗝𝗔

🍣 Ada sesetengah kucing cepat berasa bosan jika terikat dengan satu jenis makanan sahaja. Pelbagaikan diet mereka! 

🍣 Jangan hidang makanan sejuk. Seeloknya panaskan sedikit atau hidangkan pada suhu bilik. 

kucing cerewet memilih makanan

  • 𝗦𝗧π—₯π—˜π—¦π—¦ 𝗔𝗧𝗔𝗨 π—žπ—˜π— π—¨π—₯π—¨π—‘π—šπ—”π—‘

πŸ˜” Untuk menggembalikan semula selera makan mereka, ketahui punca kucing stress dan atasi masalah ini terlebih dahulu.

πŸ˜” Kucing juga boleh hilang selera makan disebabkan kemerosotan deria bau jika sedang sakit. Segera rawat kesihatan kucing anda!

Kucing yang cerewet sangat susah untuk diberi makan πŸ’ͺ🏻 Tapi sebagai catparents kita perlulah belajar utk memahami karenah anak-anak bulus ni kan? πŸ₯° Untuk info tambahan jom baca artikel di link ni..

https://facebook.com/geligelikucingkualakangsar/posts/4827467297332576

Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *