Kucing dan Masalah Karang Gigi

Kucing pun ada masalah karang gigi? Ya! Tapi sayangnya tak ramai catparents yang ambil peduli atau tahu tentang kepentingan penjagaan gigi dan mulut kucing. Karang gigi/ plak atau ‘plaque’ adalah lebihan makanan yang berkumpul di celah-celah antara gusi dan gigi. Plak yang semakin menebal akan menyebabkan gusi bengkak dan si bulus akan mengalami kesukaran untuk mengunyah makanan.

Punca sakit gigi kucing ni sama seperti manusia, samada berpunca dari kaviti, masalah gusi (gingivitis) atau sakit gigi kerana kerosakan pada akar gigi. Bahaya atau tidak, ia bergantung pada keadaan kucing. Namun, sesetengah keadaan kaviti yang tebal dan teruk boleh menyebabkan akar gigi membusuk dan bernanah.

Contoh kucing dengan masalah karang gigi yang tebal. Kredit gambar dari Klinik Haiwan & Surgeri Shah Alam.

Jangan terkejut bila tengok kucing yang tengah sakit gigi masih aktif dan boleh makan seperti biasa! Kucing ni sangat pandai menyembunyikan kesakitan tau… Kalau kita sakit gigi mungkin dah meraung siang dan malam.

Apa punca terjadinya karang gigi?

Karang gigi yang tebal biasanya terjadi pada kucing yang terlalu kerap memakin makanan lembut/ basah (wet food) berbanding kibbles! Ada catparents yang memberikan kucing mereka hampir setiap hari makanan basah untuk menaikkan selera kucing mereka.

Makanan basah sebenarnya kurang kandungan fiber dan lebih berjelly yang menyebabkan ia mudah melekat pada celahan gigi. Makanan ini yang akan lama kelamaan mengeras dan membentuk karang gigi. Namun begitu, kucing yang makan kibbles sahaja juga boleh menghadapi masalah ini.

TANDA-TANDA SI BULUS SEDANG SAKIT GIGI :

⚠️ Mulut berbau busuk

⚠️ Air liur meleleh dan kadang kala lidah terjelir keluar

⚠️ Tidak mahu makan dan minum, tapi mereka kelihatan lapar

⚠️ Monyok dan tidak mahu dipegang / dibuka mulut

⚠️ Gigi mereka tebal dengan karang gigi

⚠️ Masalah gusi merah dan bengkak.

APAKAH RAWATAN YANG BOLEH DIBERIKAN JIKA KARANG GIGI KUCING MENEBAL?

Jika karang gigi kucing anda sudah menebal, sila bawa ke veterinar berdekatan dengan segera untuk rawatan. Jangan cuba-cuba untuk membersihkan karang gigi kucing dengan sendiri tau… nanti ada yang hilang jari hehe.

Keadaan gigi kucing sebelum dan selepas rawatan gigi (Kredit gambar: https://www.uniquelycats.com/blog/dental-care-important-cat/)

Berikut adalah rawatan asas yang akan diberikan oleh doktor veterinar untuk membuang karang gigi kucing:-

👨‍⚕️ Dental Scaling – bertujuan memecahkan dan membuang karang gigi tersebut dan baikpulih dilakukan dengan bius.
👨‍⚕️ Mouth Flushing – perlu dilakukan selepas makan dalam tempoh 7-10 hari selepas mendapatkan rawatan scaling.

TIPS BAGI MENGELAKKAN PEMBENTUKKAN KARANG GIGI

🌸 Kurangkan pemberian wetfood pada kucing

🌸 Bersihkan gigi kucing seminggu sekali.

🌸 Gunakan tuala nipis atau ‘finger brush’ yang ada dijual di petshop.

🌸 Lakukan pemeriksaan berkala gigi kucing sebulan sekali. 

🌸 Dapatkan rawatan di klinik haiwan jika baru di peringkat awal.

Senang cerita, mama papa bulus kena sentiasa ‘aware’ dengan keadaan mulut dan gigi si manja tau. Selain masalah gigi, satu lagi masalah mulut yang kerap terjadi kepada kucing adalah masalah ulser. Baca tentang ulser mulut kucing di artikel kami di bawah:-

GELI GELI KUCING 

Where Cats are Family

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *