Kucing Membuang Merata?

Argh stressnya bila kucing membuang merata! Dah sediakan bekas pasir pun masih membuang sana sini.. Biasanya ok je hmm.. Kenapa agaknya ya?

Haa secara asasnya memang ada kan si bulus yang tidak pernah gunakan bekas pasir untuk membuang najisnya.. terutamanya kucing outdoor… Tapi bagaimana pula dengan kucing indoor yang sering menggunakan bekas pasir di dalam kehidupan seharian namun tiba-tiba tidak lagi mahu menggunakannya..

kucing tidak menggunakan bekas pasir

Pernah alami apabila kucing anda sering kencing diluar tandas mereka atau di luar daripada bekas pasir?

Pernah tak terfikir kenapa agaknya selama ni elok je pandai kencing di dalam bekas pasir tapi tiba tiba satu hari tersasar ke luar?

Lazimnya mereka akan kencing atau berak diluar bekas apabila mereka stress atau mereka mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit atau batu karang.

Jom kita tengok sebab sebab mengapa kucing tidak mahu menggunakan bekas pasirnya secara tiba tiba… antaranya adalah…

  • Pertukaran jenis pasir

Jangan terkejut kalau kucing anda tidak mahu menggunakan tandas mereka sekiranya ditukar jenis pasir secara mendadak. Hal ini demikian kerana, kucing tidak sukakan perubahan yang mendadak.

  • Bekas pasir / tandas – saiz / jenis

Saiz tandas kucing memainkan peranan penting, untuk keselesaan mereka bagi menyempurnakan urusan mereka. Cuba kenalpasti juga si bulus anda sukakan jenis bekas pasir yang tertutup atau yang terbuka.

  • Tandas yang tidak cukup

Jika tandas dikongsi dengan kucing yang lain dalam kuantiti yang banyak, pastinya akan menghasilkan bau yang bercampur..

Si bulus juga seperti manusia yang mana mudah tidak berasa selesa sekiranya persekitaran tidak menepati seperti apa yang diinginkan.. pasti si bulus anda menggunakan tandas yang dikategorikan sebagai “asal boleh” iaitu ruang yang dirasakan selesa.

Tambahan pula, si bulus juga tidak suka menunggu terlalu lama.

Sekiranya anda tinggal di rumah yang bertingkat, pastikan bekas pasir tersebut diletakkan di setiap tingkat, ya?


Jenis pasir dan penyelesaian

  • Ada ke catparents di sini yang masih ragu ragu apakah jenis pasir yang terbaik untuk si bulus kesayangan?
  • Jika ada, boleh rujuk panduan di perkongsian ini ya. Secara asasnya terdapat beberapa jenis pasir kucing yang dijual di pasaran. Catparents boleh ambil maklumat dan pilih yang terbaik untuk si bulus kesayangan ya : https://geligelikucing.com/pasir-kucing-terbaik/

Selamat membaca! Jumpa lagi nanti~



Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top