Jika ditanya tentang kucing paling bahaya di dunia, pasti kita menyangka kucing yang bersaiz besar seperti harimau dan singa lah yang paling merbahaya.. kan? Tapi sebenarnya sangkaan kita salah tau.. Yang sebenarnya kucing pemangsa paling bahaya adalah kucing kaki hitam yang dikenali sebagai Black Footed Cat atau juga dikenali sebagai Small-Spotted Cat @ Felis Nigripes.
Si kecil ini merupakan haiwan nokturnal yang amat menyukai kehidupan yang terasing. Mereka akan mengelak dari ditemui haiwan lain dengan cara menyelusup sekitar kawasan berumput. Kalau diperhatikan pada saiz badannya.. rasa macam was was aje eh eh kecil macamni jadi pembunuh? Macam mana tu kan? haha jangan disangka air yang tenang tiada buaya tau…. kecil kecil cili padi ni eh…
Si kecil ni saiznya hanya sekitar 35-52 cm dengan berat lebih kurang 1 ke 3 kg sahaja tau… tapi ajaibnya boleh membunuh lebih banyak mangsa dalam tempoh satu malam berbanding dengan mangsa yang dibunuh oleh harimau bintang dalam tempoh masa 6 bulan!
Hah.. terkejut kan? banyak betul.. macam mana si kecil ni membunuh agaknya ya? sebelum tu jom kita tengok dulu macam mana rupa pemangsa terhebat di hutan ni..
Jom kita baca sedikit fakta tentang si comel ini :
- Tinggal di kawasan Savanah, Afrika – di dalam lubang di bawah tanah
- Hanya tapak kaki sahaja yang berwarna hitam
- Tempoh matang 8 ke 12 bulan
- Hanya mampu melahirkan 1 ke 2 ekor anak dalam setahun
- Mampu membunuh sehingga 14 ekor tikus liar dan burung kecil dalam masa 1 malam.
Macam mana mereka membunuh?
Okay ini bahagian yang dinanti nantikan kan? Sebenarnya.. si kecil ini tidaklah membunuh seperti singa dan harimau bintang yang mana target mereka adalah haiwan yang besar seperti Gazelle dan Widebeest..
Black Footed Cat ini targetnya hanya dalam kalangan haiwan yang bersaiz kecil.. namun disebabkan kadar atau kuantiti haiwan yang dibunuh oleh mereka adalah tinggi..jadi ianya digelar sebagai kucing pemangsa yang berbahaya di dunia.. begitu ceritanya…
Okay berbalik kepada persoalan macam mana si kecil ni membunuh? dengan cara apa? haaa jeng jeng jeng…
Black Footed Cat ni ada kemahiran dan teknik yang tersendiri tau untuk memburu mangsa.. antaranya adalah melompat melalui rumput rumput yang tinggi, menyelusup ke dalam rumput lalu menyerang mangsa tanpa dijangka dan ada juga di sesetengah keadaan yang mereka akan duduk diam berdekatan dengan lubang yang didiami oleh mangsa yang mereka target..
Bijak kan? kesemua teknik ni akan digunakan mengikut persekitaran keadaan dan juga jenis mangsa.. yang selalu menjadi mangsa si kecil ini adalah burung dan juga tikus..
Kenapa Black-Footed Cat memburu?
Ada tak yang tertanya tanya.. kenapa memburu? dan kenapa membunuh? haaa sebabnya Black Footed Cat ini merupakan kucing outdoor yang tinggal di dalam lubang lubang di kawasan yang terpencil.. jadi itu ajelah caranya untuk dapatkan bekalan makanan…
Tambahan pula, ianya diibaratkan seperti suatu keperluan untuk mereka kekal hidup kerana si kecil ini mempunyai kadar metabolisme yang tinggi.
Namun, yang menyedihkan kini populasi si kecil ini telah diancam kepupusan disebabkan oleh campur tangan manusia dan pemburu haram. Pemusnahan habitat juga merupakan antara punca yang menyumbang kepada kepupusan populasi yang comel ini.
Antara faktor lainnya adalah kemarau yang berpanjangan sehingga menyebabkan berlakunya kemusnahan habibat si bulus ini dan akhirnya berlakunya kepupusan.
Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah ini mempunyai fungsi kewujudannya yang tertentu. Justeru itu, kita sebagai manusia perlulah memelihara makhluk yang diciptakan ini dengan kasih sayang serta berbuat baik sesama mereka.
Semoga kita semua menjadi pencinta haiwan tanpa mengira jenis, warna kulit, baka dan sebagainya.. jumpa lagi di perkongsian akan datang!
Geli Geli Kucing
“Where Cat’s Are Family”
Jika anda rasa kenapa anda tidak pernah dengar mengenai kucing ini ia adalah kerana kucing kaki hitam ini sangat jarang untuk dilihat dan dikesan.