Kucing peneman terbaik manusia? Sejauh manakah pernyataan ini? Ada tak sesiapa yang nak sahkah kenyataan ini? Atau kenyataan ini berbaur fitnah? hehe.. saya sebagai peminat kucing mengesahkan pernyataan ini benar, tepat dan jitu! Tiada sebarang bantahan… peace 🙂
Dan semestinya ada fakta yang menyokong pernyataan ini! Jom scroll di bawah..
Kucing boleh hidup dengan gembira di dalam rumah kecil/ flat/ apartment
- Kucing tidak memerlukan banyak ruang untuk berlari tidak seperti anjing yang memerlukan ruang agak besar untuk di train, bermain dan sebagainya. Asalkan kita berikan dia banyak permainan dan perhatian.. mereka sangatlah happy!
- Berbanding dengan anjing, perlu dibawa berjalan secara kerap untuk tujuan kesihatan yang baik. Tapi, dari aspek penjagaan, kucing lebih mudah! cuma perlu selalu scoop bekas pasir (minimum 3 kali sehari), beri makanan dua kali sehari dan bawa ke sesi grooming 1/2 minggu sekali.
P/S : Bawa grooming di Geli Geli Kucing tau!
Nak tahu apa kelebihan grooming di Geli Geli Kucing? Boleh baca sini ! https://geligelikucing.com/kelebihan-grooming/
Impak yang baik dari segi kesihatan manusia
- Catparents mempunyai tahap stress/ depression serta tekanan darah yang jauh lebih rendah. Sudah terbukti juga kucing boleh membantu meningkatkan immune function, membantu mengurangkan risiko allergi dan asma pada kanak kanak.
Kucing Peneman terbaik yang seronok digomol!
- Kucing ni tak kisahla gemuk ke, kurus ke, sedang sedang ke.. meraka sentiasa jadi kegilaan kita semua kan? Asal tengok je rasa nak digomol! Walaupun sekadar dapat sentuh sentuh hidung, letak ke riba untuk panaskan badan.. tetapi siapalah yang sanggup nafikan kecomelan si bulus di rumah tu hmmm…
Selalu menghiburkan
- Cuba letakkan kotak kosong di atas lantai, sedikit catnip, mainan ataupun beg kertas..dijamin kita akan terhibur melihat telatah si bulus. Akan tetapi, dinasihatkan untuk mengelakkan daripada memberi beg plastik kepada si bulus.. Hal ini disebabkan oleh bag plastik mungkin akan menyebabkan si bulus lemas atau choking..
Kucing peneman terbaik & setia menemani dan berikan kasih sayang tanpa syarat!
- Walaupun tak dapat makanan favourite, namun si bulus tetap akan mencari jalan untuk tunjukkan kasih sayangnya kepada tuannya.. bila kita bersedih, kucinglah yang menjadi pendengar setia kan?
Tidak berbau
- Yang best tentang kucing adalah mereka tak berbau! kan? walaupun mandi hanya beberapa kali dalam seminggu, tapi tak busuk pun kan? Najis mereka je busuk… hehe
- Agak agak kenapa si bulus ni tak busuk ya? sebab… menurut fakta si bulus ni membersihkan diri mereka sebanyak 16 jam dalam masa sehari.. bersihkan macam mana? dengan menjilat bulu mereka sendiri!
- Disebabkan itulah, mereka sentiasa bersih! hehe tapi tak ada salahnya kalau sekali sekala nak belanja si bulus grooming kan? Catparents boleh tengok tengok di sini ya : https://www.facebook.com/geligelikucing
- Namun begitu, walaupun tak berbau.. tetapi sangatlah penting untuk kita jaga bulunya supaya tak bergumpal atau berterbangan di keliling rumah.
Setuju ke dengan semua fakta fakta ni? Saya yakin 99.99% mesti bersetuju kan? hehe sebab sememangnya si bulus adalah peneman terbaik kita.
.
.
Geli Geli Kucing
“Where Cat’s Are Family”