Bagaimana haiwan peliharaan ubah minda kanak-kanak

kanak-kanak-kucing

Pendedahan kanak-kanak terhadap kesedaran kepentingan berkasih sayang dengan haiwan amat penting untuk membina sifat empati dan belas kasihan terhadap haiwan. Ia juga merupakan langkah awal bagi mencegah berlaku kezaliman kepada haiwan disamping dapat meningkatkan rasa hormat mereka  kepada haiwan dan individu lain. Menurut Kongres PIBG Nasional, “kanak-kanak yang telah dilatih untuk menyayangi haiwan akan menjadi lebih adil, baik dan bertimbang rasa dengan orang lain.

Apabila kanak-kanak diajar cara menghormati haiwan, menyayangi dan menguruskan haiwan, pengajaran tersebut sedikit sebanyak mengajar anak-anak untuk menghormati golongan yang lebih lemah dari mereka.

Berdasarkan kajian menunjukkan perilaku kanak-kanak terhadap haiwan boleh meramalkan perilakunya di masa hadapan. Menurut pakar psikiatri, individu yang sering menyakiti haiwan cenderung untuk melakukan keganasan ke atas manusia. Ia juga dianggap salah satu daripada tiga gejala yang meramalkan masalah kesihatan jiwa dan salah satu kriteria terhadap gangguan kelakuan kanak-kanak.

Di dalam Islam, menyayangi haiwan khususnya kucing akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah SAW sangat menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah dan segala amalan sunnah akan diganjariNya.

Dari segi  fizikal, kanak-kanak gemar bermain di luar rumah dan berlari-lari mengejar haiwan kesayangan mereka di mana aktiviti ini sangat bagus untuk kesihatan fizikal mereka. Dewasa kini, kanak-kanak lebih banyak didedahkan dengan gajet-gajet canggih dan juga ada yang lebih gemar menghabiskan masa di hadapan televisyen. Jadi dengan memelihara haiwan, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama-sama keluarga di samping dapat mengeratkan silaturrahim.

Apabila ibu bapa mendedahkan anak-anak kepada haiwan peliharaan, ia dapat memupuk rasa ingin tahu di kalangan mereka seperti menggalakkan mereka mencari maklumat berkenaan haiwan peliharaan mereka dan berkongsi sesama rakan sebaya tentang maklumat penjagaan, jenis-jenis penyakit haiwan, teknik “grooming” atau bagaimana melatih kucing membuang air di tempat sepatutnya.

Dari segi kesihatan emosi kanak-kanak, ia seolah-olah sebagai terapi menjadikan kanak-kanak lebih gembira dan rasa dihargai seterusnya dapat mengurangkan sikap perengus di kalangan kanak-kanak. Haiwan seperti kucing sangat mesra dan manja dengan kanak-kanak maka mereka sentiasa merasa disayangi. Perbuatan membelai dan mengusap haiwan seperti kucing boleh meredakan kadar stress dalam diri termasuk golongan dewasa.

Namun begitu ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dan memberikan komitmen yang tinggi dan adalah tidak digalakkan membiarkan kanak-kanak menguruskan najis haiwan kerana ia adalah tugas orang dewasa kerana kanak-kanak mudah terdedah dengan penyakit ang boleh disebarkan melalui najis haiwan.

 

 

Pn Niza Puzi

Pengasas Geli Geli Kucing

Geli Geli Kucing, No 25 Jalan Medan Saujana Kamunting, Medan Saujana Kamunting, 34600 Kamunting  Perak. (0195791082)

http://www.facebook.com/geligelikucing

“Kepakaran kami adalah MEMBANTU pemilik kucing mengembalikan kecantikan dan kecomelan kucing mereka supaya kekal aktif, sihat dan ceria sepanjang hayat dengan KONSULTANSI PENJAGAAN & PEMAKANAN KUCING serta perkhidmatan GROOMING di SPA GELI GELI KUCING kami.

2 thoughts on “Bagaimana haiwan peliharaan ubah minda kanak-kanak”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top