Lion Cut : Keperluan atau Pilihan

Lion cut suatu keperluan

Lion cut suatu keperluan?

Pernahkah anda dengar perkataan ini ? hehe yang dah lama berkecimpung dalam dunia bersama si bulus semestinya dah familiar sangat dengan perkataan ni kan?

Lion cut adalah satu istilah yang merujuk kepada gaya potongan bulu kucing yang mirip dengan gaya seekor “singa” yang sangat comel yang mana bulu kucing akan dicukur satu badan kecuali di kawasan kepala, leher, hujung ekor serta hujung kaki.


Lion Cut suatu keperluan? Kenapa? 🦁

Tidak dinafikan lion cut memang comel, namun ianya tidak dibenarkan atas faktor kosmetik semata mata ya.

Groomer dan veterinar lazimnya akan mencadangkan si bulus diberi lion cut sekiranya si bulus anda akan ada masalah seperti berikut;

  • Bulu bergumpal
  • Keguguran bulu yang teruk
  • Masalah kulit (fungus)
  • Jangkitan kutu / hama
  • Mengurangkan risiko strok haba

Tempoh pelaksanaan Lion Cut?🦁

Sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman atau tidak mempunyai peralatan yang sesuai… ianya mungkin mengambil masa sehari suntuk untuk menyiapkan potongan lion cut.. Tidak dilupakan juga risiko untuk digigit atau dicakar oleh si bulus…

Namun, sekiranya lion cut dibuat oleh groomer yang dah handal, ianya tidak akan memakan masa yang lama.. jadi kalau nak jimat masa, hantarlah si bulus anda ke https://geligelikucing.com/ . Groomer di Geli Geli Kucing semua dah expert tau handle si bulus yang garang garang ni.. hehe

Jom kita tengok apa kebaikan serta keburukan Lion Cut ni…

Kebaikan Lion Cut🦁

  • Mengurangkan panas & heat stroke
  • Mudah untuk dimandikan menggunakan shampoo fungal, sapu cream dan pengudaraan yang baik untuk kulit.
  • Bulu baru tumbuh lebih sihat dan kuat. Kurangkan masalah keguguran bulu.

  • Mengurangkan risiko impacted hairball.

  • Badan si bulus lebih selesa dan ringan.

  • Memudahkan penjagaan

Kelemahan Lion Cut🦁

  • Boleh menyebabkan si bulus stress
  • Perbelanjaan yang tinggi


Bagi yang tertanya tanya macam mana agaknya proses Lion Cut ni boleh tengok di sini Facebook Page Geli Geli Kucing : https://www.facebook.com/geligelikucing/posts/1055216014648720

Jelas kan semua? Bukan sewenang wenangnya tau boleh lakukan Lion Cut pada si bulus andaa… kena ada sebab yang relevan dan atas nasihat daripada yang lebih pakar okay? Bukan apa.. takut nanti kesannya terhadap anak bulus.. kasihan kan? Mereka juga berhak hidup dengan penuh kebebasan dan keselesaan tau..

Hehe.. jumpa lagi dalam perkongsian lain nanti! Selamat membaca!


Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *