Maine Coon – Kucing Terbesar di Dunia!

Maine Coon kucing terbesar di dunia? Wah betul ke ni? Berapa kebesarannya?

Tahukah anda Maine Coon ni sebenarnya berasal dari Amerika Syarikat?dan kucing berbaka ini mempunyai saiz yang sangat besar woahhhh..

Berat Maine Coon jantan boleh mencecah 13 kg sehingga 18 kg manakala bagi Maine Coon betina beratnya boleh mencecah 8kg sehingga 12 kg..

Berat kan? hehe berat mata memandang berat lagi bahu nak memikul…

Bersesuaian dengan saiz badan, kucing ini juga mempunyai saiz telinga dan mata yang besar yang mampu untuk melihat serta mendengar benda dari jarak yang jauh. kelebihan yang dimiliki oleh kucing baka Maine Coon ini sangat sesuai untuk tujuan berburu. Sesuai la kan digelar sebagai “Maine Coon kucing terbesar di dunia”

Namun, meskipun Maine Coon mempunyai saiz badan yang besar.. mereka mempunyai personaliti yang sangat dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang baru ditemui.. Mereka tidak mendambakan perhatian, namun akan menunjukkan minat terhadap seseorang dengan apa yang sedang kita lakukan…

Maine Coon berkomunikasi menggunakan bunyi “Chirp” t au.. bukan Meow seperti kucing yang lain! Kucing ini mempunyai sifat yang suka dekat dengan manusia atau tuannya serta aktif dan suka berkeliaran di sekeliling tuannya

Maine Coon kucing terbesar di dunia!

CIRI CIRI MAINE COON

  • Badan yang besar dan panjang
  • Memiliki tulang dan otot yang kuat
  • Mata lebar dan oval
  • Dahi melengkung
  • Telinga yang besar
  • Otot pipi yang menonjol
  • Ekor panjang dan lebar
  • Bulunya tebal dan tahan air
  • Hidung lebar dan melengkung di hujungnyal
Maine Coon kucing terbesar di dunia!

Keunikan Maine Coon

Maine Coon mempunyai keunikan yang tersendiri tau.. nak tahu ke apa? jom scroll ke bawah…

  • Sesetengah Maine Coon mempunyai keadaan Polydactyl yang mana ianya mempunyai jari kaki yang berlebihan disebabkan oleh mutasi genetik.. dan kebiasaannya.. baka ini akan mempunyai 6 jari kaki.
  • Namun.. tidaklah semua baka Maine Coon akan mempunyai fizikal yang begini.. Pakar menganggarkan hanya 40% daripada baka Maine Coon akan mengalami mutasi genetik tersebut..
  • Tapi, setiap kekurangan pasti ada kelebihan kan? Dengan adanya 6 jari kaki ni dapat membantu si bulus Maine Coon ketika musim salji tau! Ianya dapat dijadikan sebagai kasut salji secara semula jadi!

Rasanya semua catparents sedia maklum kan betapa si bulus ni bencinyaaa dengan air? Nak minum air pun kena cari pelbagai alternatif untuk tarik minat si bulus ni kan?

  • Tapi… berbeza dengan baka Maine Coon ni! Baka Maine Coon amat teruja bila dapat tengok air! terkedek kedek berjalan nak terjun ke dalam air tau ahahhaa.. mereka ini merupakan perenang yang sangat mahir.. yang paling penting mereka sangatla enjoy waktu waktu di dalam air..

Tapi kenapa ya Maine Coon suka air? Kenapa berbeza dengan si bulus baka lain? Haaaaa sebabnya….

  • Ketumpatan badan Maine Coon
  • Coating badan yang kalis air



    Ada ke yang terus jatuh cinta dengan Maine Coon lepas terbaca perkongsian ni? Hee kalau ada, cepat cepatlah adopt anak bulus okay! Jangan risau kalau rasa tak pandai nak jaga.. boleh tengok panduan dekat sini okay : https://www.youtube.com/watch?v=26kj1aWt5b8


    Jaga si bulus ni pun berpegang kepada konsep practise make perfect juga sebenarnya.. takda catparents yang terus expert semua benda kan? Jadi, jangan terlalu risau okay?

Geli Geli Kucing

“Where Cat’s Are Family”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top