Misteri Kucing ‘Chameleon’ di Bulgaria

Misteri tentang kelibat seekor kucing berwarna hijau terang seperti seekor ‘chameleon’ berjalan-jalan di sekitar bandar Varna, Bulgaria bermula pada sekitar tahun 2014. Sesiapa sahaja yang terserempak dengan kucing ‘chameleon’ ini pastu akan terkejut dan menoleh untuk kali kedua! Spesis apa pula kucing berwarna hijau ni? Adakah ia kucing mutan seperti watak filem Marvel, the Hulk? Misteri betul!

Kucing misteri di bandar Varna, Bulgaria

Pada mulanya orang ramai risau jika kucing ini menjadi mangsa vandalisma tangan-tangan nakal yang mengecat atau mewarnakan kucing malang tersebut dengan warna hijau terang. Namun setelah diselidik, si comel ni rupa-rupanya berwarna hijau kerana sering tidur di kilang cat lama yang ada di bandar itu. Alahai… nakal betul si bulus ni ya!

Melihatkan keaadaannya yang baik dan warna bulunya yang sekata, orang ramai bersependapat bahawa kucing nakal ini mungkin ‘mewarnakan’ dirinya sendiri dengan pewarna tekstil atau pewarna makanan yang tumpah di sekitar kilang tersebut. Hal ini kerana mereka sering melihat kucing hijau itu tidur dan bermain di kawasan kilang cat.

Dipendekkan cerita, si comel ini akhirnya menjadi tumpuan para pelancong dan jurugambar yang datang ke bandar Varna, Bulgaria. Semua orang tertarik untuk mengambil gambar kucing ‘chameleon’ yang berwarna hijau terang serta tidak masuk akal itu! Di dalam gambar, warna hijaunya jelas terang kelihatan seperti hasil suntingan yang hebat. Aduhai, lawak betul!

Walaupun tidak lagi berwarna hijau, awak tetap comel!

Hari ini, dengan bantuan daripada beberapa para pencinta haiwan, mereka telah berkerjasama untuk mengalihkan tempat tidur kucing itu di kawasan baru bagi memastikan ia selamat dari sebarang bahan kimia pewarna yang merbahaya. Kini, warna bulunya sudah bertukar kepada warna asal. Walaupun misteri kucing ‘chameleon’ sudah berakhir, si comel ini tetap menjadi kesayangan penduduk di bandar Varna.

AMARAN KERAS! Kawan-kawan jangan cuba warnakan kucing ya! Perbuatan ini sangat merbahaya dan tidak bermoral. Ia boleh menyebabkan keracunan toksin pada kucing dan boleh membuatkan mereka stress serta dipulaukan oleh kucing lain.

GELI GELI KUCING
Where Cats are Family

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top