Tidak dinafikan, setiap pencinta kucing amat teruja melihat kecomelan si bulus yang berbadan montel. Namun, perlu kita ketahui bahawa kucing yang montel bukanlah kucing yang sihat serta berkemungkinan mempunyai penyakit obesiti.
Tapi.. macam mana nak tahu kucing tersebut obesiti atau tidak? Mudah je! Jom tengok grafik dibawah…
.
Untuk maklumat lanjut sila layari : https://royalcanin.co.uk/body-condition-score/score/cat
Bahaya Obesiti
- Risiko penyakit
Kucing juga berisiko terhadap penyakit diabetis, serangan jantung serta kegagalan organ hati untuk berfungsi akibat dipenuhi lemak. Kesemua penyakit ini juga boleh membawa maut.
- Risiko komplikasi
Sekiranya si bulus mengalami kemalangan serta perlu melalui pembedahan, berat badan yang berlebihan boleh menyumbang kepada berlakunya komplikasi yang lain.
Macam mana nak kawal & rawat obesiti?
- Kawal diet
Bawa si bulus berjumpa dengan doktor veterinar. Beliau akan sarankan corak pemakanan yang sesuai untuk si bulus
- Tukar jadual pemakanan
Kurangkan sedikit demi sedikit kuantiti makanan.
Catparents juga boleh meletakkan bekas makanan di tempat yang berbeza. Tindakan ini bagus kerana ianya membantu si bulus untuk melakukan pergerakan dengan lebih banyak.
Info Tambahan
Bagi cat parents yang tertanya tanya sebenarnya kucing yang dikategorikan sebagai kucing yang sihat itu bagaimana.. boleh rujuk kepada posting kami yang ini ya : https://geligelikucing.com/ciri-ciri-kucing-yang-sihat/
Geli Geli Kucing
“Where Cat’s Are Family”