PANADOL: UBAT ATAU RACUN UNTUK KUCING?

Panadol bukanlah satu jenama ubat demam dan ‘painkillers’ yang asing di Malaysia. Percaya atau tidak, hampir semua daripada kita mesti ada simpanan Panadol di rumah kan? Kalau demam je cepat-cepat kita makan Panadol. Selamat dan dipercayai! Tambahan lagi ia pula memang mudah didapati di mana-mana farmasi dan kedai runcit berdekatan. Tapi bolehkah kita beri Panadol kepada kucing juga apabila mereka demam?

Panadol hanya selamat untuk dikonsum oleh manusia sebagai ubat.

Bagi yang tidak tahu, Panadol adalah RACUN untuk si manja! Ini kerana kucing TIDAK boleh memproses kandungan Acetaminophen dalam Panadol. Ia boleh menjadi toksik dan menyebabkan buah pinggang dan hati mereka rosak – walaupun diberi dalam dos yang sedikit!


?????-????? ????????? ??????? ???? ??????:
⚠️ Monyok dan lemah, tidak bermaya
⚠️ Hidung dan telinga kelihatan pucat
⚠️ Sakit perut, muntah-muntah
⚠️ Mulut berair atau berbuih
⚠️ Muka menjadi bengkak dan lebam

Keadaan kucing yang bengkak seluruh badan akibat keracunan ubat Panadol

Jadi ingat, Panadol BUKAN untuk kucing! Jika anda pernah beri Panadol untuk merawat kucing yang sedang demam, hentikan ia. Adakalanya niat yang baik, kalau tersalah langkah boleh membawa malapetaka. Jika kucing anda demam atau sakit, sila bawa kucing anda ke veterinar dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya!


Kredit: Klinik Haiwan Kota (https://web.facebook.com/klinikhaiwankota/)

GELI GELI KUCING

Where Cats are Family

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top