Apa itu Parvovirus??

  • Parvo atau nama penuhnya Feline Parvovirus (FPV) atau juga dikenali sebagai FIE- Feline Infectious Enteritis (radang usus menular) dan Feline Panleukopenia.
  • Sejenis virus yang sangat degil dan boleh hidup dalam persekitaran dalam jangka masa yang panjang.
  • Virus yang sangat mudah menyerang anak kucing berumur 4 minggu hingga 12 minggu dan juga kucing yang belum divaksin terutamanya.
  • Mudah berjangkit dengan kucing yang lain dengan cepat dan mengakibatkan kematian mengejut.

Tanda-tanda Kucing terkena ParvoVirus

  1. Kucing tiba-tiba murung, tidak mahu makan dan minum.
  2. Kucing lebih suka duduk di tempat sejuk akibat rasa dahaga yang melampau.
  3. Cirit birit yang berterusan. Najis terlalu cair, beserta lendir dan berbau busuk. Ada ketikanya najis akan disertai darah kerana virus ini telah menyerang usus kucing.
  4. Suhu badan kucing tidak stabil. Ada kalanya rendah dan adakalanya kucing mengalami suhu demam yang tinggi.
  5. Dehidrasi- akibat kucing tidak mahu minum dan makan.
  6. Kucing lemah dan tidak bermaya.
  7. Kadang-kadang kucing langsung tidak menunjukkan tanda-tanda di atas. Hari ini masih aktif dan tiba-tiba mati pada esoknya.

Cara Jangkitan ParvoVirus

  1. Melalui persekitaran yang tidak bersih.
  2. Kucing yang positif parvo akan mengeluarkan virus melalui cecair, lendiran atau najis. Jadi lalat atau serangga yang hinggap pada agen tersebut akan merebakkan virus pada kucing lainnya.
  3. Virus parvo boleh merebak melalui angin dan juga sentuhan terus pada kucing positif parvo

Cara Merawat ParvoVirus

Tiada ubat khusus bagi merawat kucing positif parvo. Tetapi tak ada penyakit yang takde ubat kan.. Rawatan awal dan cepat beserta kasih sayang selalu membuktikan banyak kucing terkena virus parvo boleh sembuh.

Antaranya :

  1. Kena asingkan kucing yang positif parvo dengan yang sihat.
  2. Bersihan tangan dengan Dettol atau sanitizer selepas menyentuh/menguruskan kucing parvo.
  3. Cuci persekitaran dan tempat kucing dengan Clorox sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Dari segi rawatan khusus pada kucing parvo pula ialah:-

a) Rawatan klinik : Ubat antibiotic, stemcell dan juga drip. Cuma kos drip agak tinggi bagi yang kurang mampu.

b) Rawatan di rumah yang boleh dipraktikkan disamping pemberian ubat doktor :

  • Minyak alFiat, beri 3 kali sehari. 1ml dewasa dan 0.5ml kitten.
  • Air kelapa di campur sedikit dengan limau nipis. Beri 5ml -10ml 3 kali sehari.
  • 100 plus. Buang gas dahulu. Untuk berikan sedikit tenaga pada kucing. Kena jarakkan masa dengan ubatan dari klinik. Beri 5ml 3 kali sehari atau sekerap yang boleh.
  • Biasanya kucing parvo menolak untuk makan, namun kita harus paksa kucing makan juga bagi mengelakkan kucing dehidrasi. Bancuh nestum (RC Supporter- boleh di beli di Vet RM10/paket) campur glukos dan juga susu kucing yang sesuai.
  • Pemberian immune booster seperti DMG, TF dan sebagainya.
  • Berikan kasih sayang dan kata-kata semangat pada kucing. In Sha Allah kucing boleh sembuh.
Mencegah lebih baik daripada mengubati.
  1. Pencegahan yang paling berkesan ialah VAKSINASI.
  2. Jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
  3. Indoor kan kucing bagi mengelakkan kucing keluar rumah yang nyata terdedah dengan pelbagai risoko penyakit merbahaya.
  4. Bagi mereka yang selalu selamatkan kucing di luar, sebaiknya sediakan ruang/bilik kuarantin untuk asingkan kucing baru dan kucing rumah.

Sebarang pertanyaan, hubungi kami di:

TAIPING => 05-8050302

IPOH => 013-5201060

atau di Facebook kami: GELI GELI KUCING

2 thoughts on “Parvovirus Membunuh!!!”

    1. Drip di sini maksudnya mcm kalau bawa ke vet, doktor akan dripkan air atau glucose ke dlm badan kucing dengan gunakan iv. Kos rawatatan biasanya RM100 ke atas bergantung kepada rate yang dikenakan di klinik2 vet yang dikunjungi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top