Pasir Kucing Terbaik

PILIHAN PASIR KUCING YANG BIJAK

  • Pasir kucing murah
  • Pasir kucing terbaik
  • Pasir kucing wangi
  • Pasir kucing organik
  • Pasir kucing jenis kayu

Hmm, yang mana satu ya?

Ini adalah isu yang paling besar apabila anda mempunyai kucing di rumah. Betul tak?  Terutamanya kucing jenis indoor atau yang duduk dalam rumah. Kebanyakan tuan kucing akan mencuba pelbagai jenis pasir macam litter sand, scented sand, crytals, pinewood dan black sand  untuk dibandingkan bagi mendapatkan jenis pasir yang digemari. Bukan senang nak uruskan najis kucing ni supaya tidak berbau. Jadi, untuk membantu anda, kami di Geli Geli Kucing akan senaraikan perbezaan untuk setiap pasir kucing.

Normal Clumping Clay/ Sand – Jenis pasir ni akan buat najis atau air kencing kucing bergumpal. Hanya kegunaan diluar rumah je tau. Jadi boleh cuba. Ade banyak jenama di pasaran bagi pasir jenis ini dengan pelbagai haruman seperti lavender, lemon, apple dan rose. Antara jenama yang dipercayai ramai adalah seperti Fussie cats, Alpa Sand dan pelbagai lagi. Kebaikan pasir jenis ini adalah mudah diuruskan, ia akan bergumpal dan mudah di scoop.

Crystals –  Ramai sebenarnya yang suka jenis pasir ni sebab kawalan bau yang sangat baik dan pelupusan najis yang mudah. Crytals ni akan jadi ketulan yang keras dan kering apabila di scoop dan tak melekat. Cumanya pasir jenis ni perlu selalu diganti lepas beberapa hari atau jika kucing banyak membuang najis. (http://www.geligelikucing.com/blog/blog/tips-merawat-cirit-birit-kucing/) Kerana apabila crytals mula hancur menjadi serbuk, baunya boleh jadi sangat busuk.

Pine wood – Sejenis habuk kayu yang paling semulajadi dan mesra alam. Tapi, bila pellet kayu itu terkena najis dan air kencing, ia akan menjadi lembab dan baunya sangat tidak menyenangkan. Agak sukar sedikit nak uruskan sebab habuk kayu ni akan mengembang dan menjadi banyak serta berat. Tapi ia senang di scoop dan boleh terus buang dalam tandas dan flush.

Black sand – Jenis pasir yang tak berbau. Pasir jenis ini kebanyakan  dijual di pasaraya atau kedai- kedai runcit. Jenama daripada purina iaitu seperti Tidy cat. Strukturnya sedikit kasar dan tak bergumpal bila digunakan. Pasir akan hancur menjadi halus dan agak cerewet jugaklah untuk diuruskan. Tapi, ia boleh dikitar semula seperti dibasuh dan dijemur. Sangat menjimatkan dan ekonomi. Sesuai sangatlah kalau nak berjimat.

Perbezaan pasir kucing dah kami senaraikan.

Pasir kucing yang mana satu yang terbaik bagi anda ?

Tips – Jenis apa pun pasir yang kita guna, kebersihan tandas kucing perlu diutamakan seperti manusia juga. Kucing tak suka tandas yang kotor. Kalau tandasnya kotor, haa mulalah kucing anda akan berak merata di dalam rumah. Lepastu kesian Meow kena marah. Dinasihatkan kepada pemilik kucing yang bekerja untuk menguruskan tandas kucing terlebih dahulu sejurus pulang dari pejabat. Jadi rumah pun tak berbau dan anda serta kucing kekal gembira. Dalam 1 minggu basuh tandas dengan sabun yang hygine dan ganti dengan pasir yang baru.

Untuk lihat jenis-jenis pasir yang kami jual di kedai, atau promosi terkini, bolehlah ke Facebook kami di https://www.facebook.com/geligelikucing

atau hubungi kami:

TAIPING => 05-8050302

IPOH => 013-5201060

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top